sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 28 April 2011

ini azam kanak2..

salam,

hari ni aku ke kuala lumpur untuk ke bertemu kawan di PWTC (ada pesta buku).
tengah syok aku tengok kota batu yang dulunya aku takut nak jalan sorang tu aku nampak satu lambang yang aku tak berapa gemar nak pandang iaitu lambang satu Malaysia.

Bukan apa bila aku pandang aku teringat ke slogan Israel zaman ehud barak " 1 israel" dan slogan jerman zaman nazi "1 rench 1 germany". Rasa ada unsur plagiat di situ.Common la, buat la yang orang belum buat lagi.

Dekat lambang tu da tulis satu menda "1 (of course dengan corak bendera malaysia) azam akhiri zaman miskin"


Ini macam budak budak punya azam. Setiap tahun baru cikgu akan tanya anak murid " apa azam tahun baru kamu?" Anak murid akan jawab " belajar sungguh-sunggh cikgu"..esok dia ponteng sekolah. semenjak darjah satu sampai tigkatan 5 azsm yang sama dan setiap kali berazam akan dimungkiri.Ponteng, tidur dalam kelas, malam belajar dan sebagainya.

sama la macam azam "1 azam akhiri zaman miskin" ni..ini azam lapuk dari 53 tahun lepas lagi. Ada sepuluh rancnagan ekonomi semuanya gagal. beberapa minggu yang lepas diumumkan kadar inflasi malaysia meningkat kepada 3.2%. Jadi kuasa beli jadi kecik. Orang yang akan keluar dari kemiskinan ini ialah kroni yang sudah sedia kaya.

Pendapatan garis kemiskinan malaysia sekarang adalah RM750. Dan disebutkan ramai pekerja kilag (sektor pembuatan ) menikmati gaji bawah daripada RM650.

Ingat nak letak statistik..Jenuh aku cari. yang aku jumpa tahun 2007,2008 paling latest..jadi rasa tak pyah letak.Mungkin kementerian jaga orang miskin mcam aku lupa nak update.diorang sibuk jaga orang kaya.selamat malam..

esok bangun pagi jagan makan siput babi

Tuesday 26 April 2011

ini bukan politik

tarikh member kahwin

28/5-hilmi
1/6-khusairi
1/6-fazera
6/6-hisyam
bulan 10-hafiz manan
bulan 11-amin

ada lagi yang termiss?

aku punya la..payah

kantoi woi..email 1 malaysia kantoi

tak dak salam untuk ini..ini berita perang kepada kerajaan yang nak bodoh kan kita (sebelum kena bodoh balik)




kantoi kantoi

mana dia BN

nasib orang bawah kerajaan yang kata kerajaan negeri miskin..rupanya darul dia lagi miskin

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6936:wanita-dan-puteri-umno-halalkan-babi&catid=37:politik&Itemid=41

1 malaysia 1 judi


tak dak salam kalini,

Ditempat aku ni , palong sebelas. orang berjudi secara terbuka .Ulat ulat judi boleh datang ke rumah rumah untuk memudahkan orang berjudi.Boleh SMS saja no ekor. menurut laporan daripdaa penduduk setempat perkara ini sudah diadukan kepda parti komponen PDRM. dan PDRM sudah datang ...untuk mengambil duit dari ulat judi. Dulu ada sorang saja apek.Sekarang sudah bertambah menjadi 5. Apabila dilaporkan kepada JKK, JKK kata itu ikut pandai sendiri. Urusan masing-masing.Celaka betul..nak tunggu kena bala la tu. atau nak masuk neraka baru nak tuduh menuduh.


Allah berkata dalam Al Maiidah ayat 90

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

akta perjudian di malaysia

OLEH PIHAK PDRM:

Semua perjudian adalah diharamkan kecuali perjudian yang diluluskan oleh Kerajaan dengan bersyarat serta dibayar lesen/permit yang dikenakan. Judi haram lain yang lazim ditangkap adalah seperti berikut.

1. Judi dalam rumah
2. Judi tempat bebas
3. Judi ekor haram (Loteri haram)
4. Judi catataruh haram (Illegal bookmaking)
5. Judi tikam-tikam
6. Judi mesin slot/jackpot/ turfking/fruit machine
7. Lain-lain

Taksiran judi mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) Pin. 1983:

“Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1 jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka”.

JUDI DALAM RUMAH

Tidak kira apa jenis judi yang dimainkan di dalam bangunan yang lain dari tempat bebas adalah dikatakan berjudi didalam rumah.

Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.

Manakalah tuan punya/penduduknya boleh juga dituduh dibawah sek. 4(1)a atau 4 (1)b Akta Rumah Perjudian Terbuka kerana membenarkan permainan judi dimainkan dalam rumahnya, dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.

JUDI TEMPAT BEBAS

Tidak dikira apa juga jenis perjudian yang dimainkan ditempat bebas adalah menjadi satu kesalahan.

Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-

JUDI EKOR HARAM

Dengan adanya perlumbaan kuda, penganjur ekor haram telah mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan mereka di merata ceruk rantau. Penganjur tersebut mempunyai runner dan pemungut untuk membantu mereka dalam perniagaan ekor haram. Ekor haram selalunya dari 3 dan 4 angka sahaja dan keputusannya berpandu kepada keputusan lumba kuda, tetapi sekarang mengikut cabutan Magnum. Sungguhpun ada terdapat penjualan ekor secara berlesen tetapi judi ekor haram digemari oleh orangramai kerana terdapat kemudahan untuk membelinya serta hadiahnya lebih daripada yang dijual secara berlesen.

Bagi kesalahan menjalankan/menganjurkan judi ekor haram boleh dituduh dibawah sek.4 A(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan membeli ekor haram boleh dituduh dibawah sek. 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-

JUDI TIKAM-TIKAM

Judi jenis ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah dimana tikam-tikam ini dibawa oleh penaja-penaja yang menjual barang-barang/minuman ditepi sekolah-sekolah dan ditepi jalan. Permainan ini mempamirkan hadiah-hadiahnya dan dibahagian bawahnya terdapat kertas cabutan yang mempunyai nombor-nombor, jika nombor bersetentangan dengan hadiah maka pencabutnya (pembeli) akan memenangi hadiah tersebut. Kerapkali pemain selalunya tertipu tidak mendapat sebarang hadiah pun.

Bagi kesalahan-kesalahan menjual tiket-tiket boleh dituduh dibawah sek. 4(1)(e) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya denda tidak melebihi RM 20,000/- atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

MESIN PERJUDIAN/JACKPOT/TURFKING/FRUIT MACHINE

Perjudian jenis ini baru sahaja timbul dan banyak penganjurnya pada mulanya mendapat keuntungan yang lumayan. Permainan ini digemari oleh kanak-kanak sekolah dan juga orang dewasa. Mesin-mesin tersebut diletak ditempat-tempat awam seperti dikelab-kelab rekreasi, kedai-kedai kopi, gerai-gerai makan dan juga dirumah kediaman. Cara main adalah mudah, dengan menaruh wang 20 sen atau setengah mesin 50 sen dan selepas itu tekan mana pilihan yang hendak dipertaruhkan. Jika menang hadiah merupai wang syiling akan keluar kedalam kotak hadiah. Permainan ini sungguh mengasyikan pemainnya.

Penganjur/penjaga bole dituduh dibawah sek. 10(1) Akta Loteri 288/52 dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 10,000/- atau penjara tidak melebihi 3 tahun. Selain itu mereka juga boleh dituduh dibawah sek.3 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan hukumannya tidak melebihi RM5000/-.

Monday 25 April 2011

tahniah terato


bagus gila la

bab haid

salam, perempuan dan suami kena faham

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )



Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"



Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.



Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..



Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Nak Mudah jer

salam,
"Ust, ada ilmu tak?"
"ilmu apa?"
"emmm..ala ilmu la"
"nampaknya kamu pon tak tau apa yang kamu nak"
"ilmu lawan tak kalah"
"mudah jer, jangan lawan"
"ala ust, saya tanya betul-betul dia main main plak"

Ada macam-macam ragam aku jumpa kat sekolah ni. Semuanya nak dari guru. tangan tersepit meja pon kat guru jugak. " ust, bengkak, tolong tiup"..Inilah dunia aku yang dikelilingi pelajar. kadang tenang, kadang ribut taufan, kadang senyum, kadang masam, kadang ketawa, kadang menangis.

Satu yang tak sama sekarng dan dulu ialah dalam bab "segera".. Semuanya perlu pantas. makan pon ada makanan segera. Tomyan segera dan sebagainya. Termasuk dalam bab belajr. Dulu kena bukak buku sirah banyak-banyak bila aku nak rujuk satu peristiwa yang disebut dalam al muqaddimah oleh ibnu khaldun (aku baca masa tingkat 6), tapi sekarang bukak jer kat internet. Mudah, semua kitab ada sana.

Dalam budaya segera ini, datanglah situasi diatas. Budak yang belajar nak cepat pandai. belajar silat, nak terus bertemu ibu. oleh kerana itu, ramai yang mencari jalan pintas.akhirnya tersesat.

belajar ni, tak kira apa pun ilmu mestilah perlahan-lahan, dan prosesnya mengambil masa yang panjang (imam syafie). Mestilah juga mengikut peringkat (ibrah dakawah nabi ).Jadi perlu banyak bersabar (kata-kata ust tuan ibrahim tusan man) kerana sabar yang cantik (surah al maarij dan al muzammil)akan membuahkan hasil yang cantik. Ilmu yang baik (imam ghazali,ihya) akan menghasilkan individu yang beriman / rabbani (pendidikan rabbani, dr sidek baba).

apabila kita berbuat apa sahaja kena ingat matlamatnya ibadah (azzariyat dan la tahzan . jadi ibadah tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa (al afat ala tariq, Dr.mohd noh )kerana nanti hasilnya tidak cantik.kalau dakwah berlaku keciciran (al mutasaqitun ala tariqid dakwah, mustapha masyhur). kalau dalam medan ilmu, akan tersalah akhirnya. Belajar fiqh untuk bermudah, belajar tasawuf ingin menjadi wali (ihya imam ghazali. Bukankah ini satu kesalahan pada para yang belajar (taalim mutaalim )....

pesan saya, belajar pelan-pelan, belajar sabar-sabar

Sunday 24 April 2011

1 melayu 1 bumi-rasis

bangsa lain ko nak letak mana? Bukankah islam mengajar kita untuk berlaku adil terhadap semua bangsa dalam pemerintahan kita.. Nabi bersabda " la fadla 'arabiyin 'ala 'ajamiyin, wa la 'ajamiyin 'ala arabiyin illat taqwa"

tak dak lebihnya arab ke atas ajam dan sebaliknya melainkan pada ukuran taqwa.

sayang bangsa tak kesah..tapi allah kata " Aku suka orang berlaku adil "-alhujurat

pikir la molek


otak kering = drain brain

Malaysia hopes to hang on to the cream of its youth, who are currently seeking their fortunes abroad. Photograph: Saeed Khan/AFP/Getty Images

Sheng Cai Lim is a skilled and experienced IT professional, an asset to a country that aspires to grow into a fully developed nation by the end of the decade. There's only one problem. Lim, 29, isn't sure he wants to stay in Malaysia.

Lim says it's 50/50 that he'll leave. "I'll likely go to Singapore for a few years, and then after that maybe Canada or New Zealand," he said. He's on a six-month sabbatical from work and recently registered with head hunters who place candidates abroad. "My friends overseas wonder why I'm still in Malaysia. They say there are better opportunities abroad," he said.

If Lim does make the move, he'll join the 1.5m Malaysians, or 5.3% of the population, who live and work outside of the country, according to the World Bank. By moving to countries such as Singapore, Australia and the UK, these migrants are creating a considerable brain drain that threatens the country's economic progress.

"Brain drain is hurting the country's drive to move up the value chain," said Dr Ooi Kee Beng, senior fellow at the Institute of South-east Asian Studies in Singapore. "The fact that Malaysians fill many of the top and middle management posts in the region, from Shanghai to Singapore, tells us that the country is bleeding talent."

The problem has been getting worse in recent years. More than 300,000 Malaysians left the country between March 2008 and August 2009, compared to nearly 140,000 in 2007, the deputy foreign affairs minister, Tuan A Kohilan Pillay told parliament. Many work in key sectors such as finance, technology and engineering.

Two factors are driving the exodus, said Tony Pua, MP and member of the opposition committee on the ministry of higher education. "First, there's simple economics. You can make more money overseas," he said.

The other cause is the country's race-based affirmative action policies, Pua said, which favour ethnic-majority bumiputra, or sons of the soil, over minority Chinese and Indians, who make up 24% and 7% of the population, respectively.

"The two problems exacerbate each other. The economy has not been growing, and there's an increasing demand for a bigger piece of the pie among bumiputra. As a result, the government is more prone to implement policies that favour them, and minorities feel excluded. It's a vicious cycle," Pua said.

Malaysian law provides bumiputra benefits such as rebates on property prices, quotas for university enrolment and civil-service jobs, and preferential treatment for government contracts, among other advantages. The laws, which were enacted in 1971 in an attempt to redistribute wealth in the wake of race riots in 1969, distinguish Malaysia from other Asian countries with brain-drain problems, such as the Philippines.

In interviews with Malaysians living in Kuala Lumpur and overseas, frustration with these laws and worries about rising racial tension and Islamic conservatism have led many to reconsider their futures in their country of birth.

"Malaysia is a very controlled and fanatic country," said Janath Anantha Vass, 29, an ethnic Indian accountant in Kuala Lumpur who plans to move to Australia. "Melbourne suits my lifestyle the best, and I feel that's the place for me."

The Malaysian government is attempting to respond to the problem with an array of programmes, including 1Malaysia, a campaign designed to ease racial tensions. In January, Prime Minister Najib Razak launched the Talent Corporation, which seeks to lure back skilled Malaysians. But many are sceptical that these programmes will address the systemic problems driving brain drain.

"I'm not sure how effective Talent Corporation will be. Past programmes like this have not worked, and I'm not sure how this one is different," said Evelyn Wong, an ethnic Chinese economics student at Scripps College in California, who blogs about brain drain.

But Dr Kim Leng Yeah, an economist at Ram Holdings in Kuala Lumpur, said Talent Corporation did at least demonstrate the government's willingness to address the issue. "There has been a lot of public scepticism," he said. "But it is a proactive move." Representatives at Talent Corporation declined to comment.

As Lim, who is ethnic Chinese, considers his future, he has spent time thinking about his place in multicultural Malaysia. "I do realise that I am a minority in this country," he said. "My family is encouraging me to leave. They say, 'Malaysia doesn't want us anymore, so why stay?'"

And while he hasn't given up on eventually returning, he would have to see significant changes before doing so. "It doesn't feel like the country is mature enough to tackle its problems right now. When we are ready to face our problems, I'll be ready to come back," he said.

beringat belaka

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2948:parti-bukan-sendirian-berhad-urus-secara-jamaah

malas aku nak tulis panjang hari ni..tak sihat..syafaniyallh

drama swasta malaysia

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Umno Datuk T, yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik setelah Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis untuk menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatran rakaman aksi tersebut untuk kali keduanya.

"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata Khalid yang dipetik Bernama.





-Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002


Tiada seorang pun boleh:

1. Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau

2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman

Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya

Seksyen 6

Tiada seorang pun boleh:

1. ada dalam milikannya atau jagaannya atau dibawah kawalannya ; atau

2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga

Seksyen 6(2)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (1) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh:-

1. Berkenaan dengan apa-apa filem, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempuh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

2. Berkenaan dengan apa-apa bahan publisiti filem, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripda sepuluh ribu ringgit

Seksyen 7(3)

Mana-mana orang yang tanpa suatu permit atau suatu perakuan pengecualian yang dikeluarkan dibawah seksyen 8, mengalih atau menyebabkan dialihkan daripada kawalan mana-mana pegawai kastam hak apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang telah diimport ke dalam Malaysia melakukan suatu kesalahan

Apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga pluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 9

Pemunya sesuatu filem hendaklah mengemukakan filem itu kepada Lembaga untuk penapisan filem mengikut cara yang ditetapkan tanpa apa-apa pengubahan atau pemotongan dan atas risiko dan perbelanjaan sendiri

1. Dalam hal sesuatu filem yang diimport yang tidak dikecualikan dibawah sub seksyen 8(3) yang dilepaskan dibawah seksyen 7, dalam masa dan ditempat yang dinyatakan dalam permit yang dikeluarkan berkenaan dengan filem itu dibawah sub seksyen 8(1) atau

2. Dalam hak sesuatu filem yang dinuat atau dikeluarkan di Malaysia dan dicadangkan untuk ditayangkan di Malaysia, dalam masa empat belas hari dari tarikh pembuatannya atau pengeluaran itu selesai

Seksyen 9(2)

Pemunya filem yang melanggar sub seksyen:

1. Melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11(1)

Bahan yang dikehendaki oleh Lembaga dibawah perenggan 10(1) boleh dibuat:-

Oleh Lembaga; atau Dengan keizinan bertulis dan tertakluk kepada apa-apa syarat Lembaga, oleh pemunyanya

Seksyen 11(2)

Jika apa-apa filem di hantar serahkan kepada pemunya filem itu bagi maksud membolehkan pemunya itu membuat pengubahan kepada filem itu dibawah perenggan 10(1)(b); pemunya itu hendaklah memulangkan filem itu kepada Lembaga:-

1. Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga; dan

2. Dengan mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan secara pengeluaran dibuat.

Seksyen 11(3)

Pemunya filem yang melanggar sub seksyen (2) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan secara tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 16

Pembuatan pendua filem

1. Jika sesorang bercadang untuk membuat pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu filem yang telah diperakui dibawah seksyen 14, dia hendaklah mengemukakan suatu akuan berkanun kepada Lembaga dengan menyatakan:-

a. Cadangannya untuk membuat salinan pendua

b. Bilangan sebenar salinan pendua yang dia bercadang untuk membuatnya dan

c. Bahawa salinan pendua itu dibuat daripada filem asal yang diluluskan dan diperakui oleh Lembaga masing-masing dibawah seksyen 10 dan 14

2. Tiada seorang pun boleh membuat salinan pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian dan diperakui oleh Lembaga masing-masing di bawah seksyen 10 dan 14

Seksyen 16(3)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (2) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak boleh lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duannya

Seksyen 18

1. Pemunya sesuatu filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan hendaklah mengecapkan pada filem itu tanda kelulusan Lembaga

2. Maka hendaklah dipamerkan mengikut cara yang ditetapkan berkenaan dengan tiap-tiap filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan

a. perakuan berkenaan dengan filem itu

b. pengelasan filem itu; dan

c. nama dan alamat orang yang menayangkan, mengedarkan, mempamerkan atau menjual, mengikut mana-mana yang berkenaan, filem itu.

d. Pemunya filem yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan

e. Mana-mana orang yang menayangkan, mengedarkan atau menjual sesuatu filem dengan melanggar subseksyen (2); atau

f. mempamerkan berkenaan dengan sesuatu filem pengelasan yang berbeza daripada pengelasan yang telah diberikan oleh Lembaga kepada filem itu

Seksyen 18(5)

Sesorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 19

1. Tiap-tiap bahan publisisti filem hendaklah dikemukakan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan bagi kelulusannya

2. Seksyen 10 dan 11 hendaklah terpakai bagi mana-mana bahan publisiti filem yang dikemukakan kepada Lembaga bagi .kelulusannya seolah-olah perkataan ”filem” dalam seksyen itu telah digantikan dengan perkataan :bahan publisiti filem”

3. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 11(2) yang dibaca bersama dengan subseksyen (2) seksyen ini melakukan suatu kesalahan

4. Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 20

1. Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada mana-mana bahan publisiti flem yang telah diluluskan oleh Lembaga atau yang talah diubah sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga

2. Jika berbilang salinan apa-apa bahan publisiti filem dikemukakan bagi kelulusan Lembaga, maka Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada salinan pertama sahaja dan salinan pendua boleh di buat daripada salinan pertama
3. Mana-mana orang yang menayangkan apa-apa bahan publisiti filem atau mana-mana salinan pendua bahan itu tanpa mempamerkan tanda kelulusan Lembaga berkenaan dengan bahan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Gila punya banyak akta tru pon ada banyak songeh lagi..hahaha..perangkap makan tuan

kata bernama lagi

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan bahagian mana dalam siasatan tersebut yang ditegur Pejabat Peguam Negara. Jika selepas ini polis menghantar lagi kertas siasatan kepada Peguam Negara, ini adalah kali ketiga perkara ini dilakukan.

ape benda plak la kau tegur..bukan caya aku ke ghani patail ni

Friday 22 April 2011

jumpa kawan lama

salam,
post kali ni tak mau cakap pasal politik, tak mau cakap pasal UMNO, tak mau cakap pasal BN. Tak cakap pon orang bandar tau diorang jahat. tak cakap pon mahasiswa tau diorang tipu. Kalau cakap pon makcik felda tetap undi diorang.Jadi berenti jap.

Semalam, aku berkuliah maghrib masjid bandar baru ampang. Masjid baru 1 tahun, ahli qaryah memang ramai tapi tak la ramai lekat di masjid bila tok bilal azan. Sebab tu tiap kali jadi tetamu Allah kena bersyukur.Nanti Allah akan panggil lagi.

Semalam aku cerita atau menghuraikan satu daripada post aku dalam blog ni "jangan tunggu sampai rosak".Alhamdulillah semua mendengar hingga akhirnya. Tiada yang berganjak.Tiba-tiba bila aku sudah ingin menutup kuliahku, satu sosok tubuh yang aku kenal masuk ke dalam masjid

1)Bibir tersenyum
2)hati jadi riang
3)tangan menyapa
4)Mulut berkata " sahabat saya masa belajar dulu"

Tu dia aminuddin mansor masuk dalam masjid. Baju melayu warna kuning macam dulu jugak (ko suka warna kuning ker). Lepas kuliah aku salam dengan dia and give a warm hug..wah, everything just like 9 years ago. Badan masih tak berisi, dan aku agak berat badan pon macam dulu dalam 50 lebih atau 61kg. semuanya aku rasa masih macam dulu.

Lepas isyak kami lepak minum, dia kata "aku tadi kat rumah, rasa macam pernah dengar suara kat masjid.Tengok2 engkau"..wah aku rasa last dia dengar aku cakap gni 9 tahun lepas .tahun 2002.Ingatan yang hebat atau aku yang tak berubah.Borak-borak (ada masok gak politik)..tapi, tak boleh lama, sebab aku kena balik semula ke jempol. Sabtu 23 /4/ 2011 aku ada sekolah ganti..

Bertukar nombor telefon , and he offered me his house if i come again to KL.end..

The most precious thing after iman n islam, is a friend..He will get marry on nov..me? dont know.i dont ve money.


nasutu,nairah atireb,3vt,mtr,nb,onmu

apa korang faham?..Tak faham apa..hahaha..betul tak payah faham, semua diatas khayalan sahaja di malaysia

beli nasutu dan baca terbalik di kampong anda

Thursday 21 April 2011

kau tuhan kah


Berkata firaun " ana rabbukumul 'aala"..aku tuhanmu yang maha tinggi" dengan penuh bongkak dan sombong apabila kerajaannya besar dan tidak pernah ditimpa penyakit

Allah mengajar kita bahawa setiap manusia sama. Kata nabi " kullukum min adam wa adam min turab"..kamu semua dari adam dan adam dari tanah. siapa kita yang ingin merasa besar dengan kehebatan dunia kita.Kerana asalnya kita dari tanah yang dibawah.

jangan hanya pandai beranak

salam,

pagi tadi aku buat satu ujian statistik ringkas masa perhimpunan

1)soalan 1, siapa yang tak solat subuh pagi tadi, 3/4 pelajar angkat tangan
2)soalan 2, siapa yang melakukan 3 daripada 5 solat sehari semalam 1/4 angkat tangan
3)soalan 3, siapa yang menunaikan solat penuh sehari semalam, 2,3 orang angkat tangan

hari ini kerja ibu bapa amat mudah. Beranak dan hantar anak ke sekolah. Kemudian semua di bahu cikgu. Semua pelajar saya berjemaah di asrama. Bila mereka pulang dari cuti saya akan membuat satu muhasabah " siapa yang ada meninggaklkan solat semasa suci, sila qada' solat sekarang"..maka 3/4 akan qada' solat

jawapan yang biasa saya dapat ialah

1) Ibu bapa tidak menyuruh anak-anak bersolat

Jawapan yang agak tak biasa tapi bukan luar biasa (kerana ramai begini)

2) Ibu bapa saya pon tak solat

Dikampong ini, berapa ramai yang mula ke kedai kopi semasa azan solat maghrib berkumandang.Tua dan muda sama sahaja.

Kata orang pendidikan itu bermula dari rumah, kalau ibu bapa tidak solat, susahlah kami cikgu yang cabuk ini untuk mendidik anak mereka. solat tu kan beze kafir dan islam


cerita ucapan YB

salam

masa aku tulis ni YB aziz kawasan Palong negeri sembilan tengah berucap di dewan sekolah aku.Aku tulis segera kerana bimbang aku terlupa bagaimana YB bekas peneroka ini membodohkan rakan-rakannya. Beliau mengulas

"pilihanraya disarawak DAP bertanding 15 kerusi menang 12, PKR bertanding 48 menang 3, Pas bertanding 5 tak menang langsung"

" bayangkan nanti PRU DAP dapat menang 100% takkan ada lagi azan di masjid dan takkan ada sekolah agama lagi"

" kemenangan DAP adalah kerana kelantangan PKR dan PAS menentang kerajaan (maknanya orang cina amik kesempatan)"

ucapannya yang sempat aku catat akan aku tulis lagi nanti.

soalan aku untuk Aziz

1) Pualau pinang ditadbir siapa. kerajaan negeri mana yang mula menaikkan elaun guru agama. dan kerajaan negeri mana yang menurunkan elaun kalu bukan melaka darul BN

2) Siapa MIC dan MCA di dalam BN adakah mereka UMNO.Boleh tak aku katakan kurangnya undi cina dan india dalam BN kerana pecah belah yang berlaku dalam BN antara bangsanya. jadi rakyat tidak lagi percaya dan beralih undi kepada PR (baca: DAP)

3) kenapa kau datangkan perbandingan dengan singapura apabila menyebut tentang sekatan terhadap islam tetapi bukan malaysia sendiri. bukankah di Malaysia juga banyak ahli agama ditangkap dengan tuduhan tiada tauliah..bukankah malaysia negara islam..

Wednesday 20 April 2011

ko nak doktrin apa jib


tak dak ucap salam kali ni..semalam najib umum nak wat email 1 malaya untuk memberitahu kepada rakyat polisi kerajaan.

hei najib, sama nasihat ko ni? Rosmah ker? baiki aok (dia orang pahang kabornye)baiki ke jalan, koi bukan mende, koi nengok jalan di pahang ni banyak sangat tenpat hok buruk gayenye. tak lama nak PRU.koi pon nak balik pahang juge..Gi nasihat ke ismail sabri tu, jalan di bere tu buruk la sangat gayenye.Beki beki lah.50juta sempat siap kot..sebab koi nak lalu situ. Koi rakyat aok pemimpin. Pemimpin kena kerja untuk rakyat (demokrasi). Jadi bekilah jalan tu yer. Elok lagi kot dari aok buat email 1 malaysia tu..bukan mende

1)orang kampong koi menaip ke HP pon tak pandei, doh mcm mane nak main email..juling la bijik2 mata orang kampong.
2)aok banyk dah media boleh guna..Ke aok rase orang tak mnoleh dah ke media aok..

tu jerlah dari koi

jangan tunggu sampai rosak..

salam


hari ada sorang pelajar aku bertanya " ustaz punya kereta masuk bengkel lagi ker?"" "rosak apa pulak?". terima kasih pelajar-pelajar. kamu memang ambil berat tentang saya. kamu ingat apa saya pakai pertama kali kita bertemu awal tahun 2010, dan kamu ingat bila kali terakhir saya rotan kamu kerana kamu salah. tapi satu kamu tak ingat iaitu apa saya ajar disurau dan di dalam kelas.

Aku senyum dan bertanya kepada mereka " nak tunggu rosak ke baru nak gi bengkel? diorang pon tanya lagi" dah tu?", tak kereta saya tak rosak, saya tukar intake standard honda ke intake manifold skunk 2, pasang adjustable cam pulley dan tukar blok B18 type R" Diorang tanya saya " nak wat per?"...sambil bergurau saya bagitau diorang " nak bagi terbang..hehehe"..

Apa yang anak murid saya pikirkan memang betul. pada pemikiran kita kebiasaanya bila rosak barulah ada di dalam bengkel. Sebab itu manusia ni bila dah tergadah dah terlanjur barulah cari Allah dan cari Islam. Sebelum ditimpa apa-apa bencana, kita jarang sekali ingat bersama dengan Allah di dalam bengkel " mujahadah" untuk memperbaharui iman

Nabi bersabda " perbaharui iman kamu dengan menyebut lailahaillallah".. kata ulama perkara paling asasnya adalah bersolat. 5 hari kita perlu menservis iman kita di bengkel solat ini, iaitu satu dari cawangan bengkel mujahadah. Umpama kereta yang mendapat penjagaan terbaik dari tuannya, pasti prestasinya akan berada pada tahap terbaik. Begitu juga iman.

Nabi berkata lagi " adakah akan ada kotoran yang tertinggal pada badan kamu, sedangkan kamu sudah mandi disungai 5 kali sehari? jawab para sahabat " tiada", maka nabi menjelaskan itulah fungsi solat. solat adalah untuk men"tune" semula enjin dalaman kita. Solat juga adalah beza antara muslim dan tidak (bab solat sohih muslim, tak silap hadis pertama, atau dalam muawatta' hadis pertama).Setiap kali azan berkumandang ada dikalangan muslim yang memekakkan telinga atau menyibukkan diri dengan urusan lainnya. Berlainan dengan akhlak nabi. kata aishah " nabi seolah-olah tidak mengenali aku ketika ingin sampai waktu solat"

Apabila kita mendapat jemputan dari sahabat handai pelbagai kaedah kita akan usahakan supaya kita dapat memenuhi jemputan.ada yang menggunakan kalendar, diari, dan reminder telefon bimbit. Bagaimana dengan jemputan Allah?.bukan sahabt handai tapi pencipta kita.Allah bertanya " aku tuhan kamu?", dan kita menjawab " ya, bahkan kami naik saksi"..lahir kita didunia kita memungkiri janji dan lebih takut kepada makhluk berbanding Allah.

Jangan tunggu sampai rosak baru mahu mencari "bengkel"..


tapi aku tak berapa menjaga kereta aku, barulah aku ni tuan,(jangan jadi hamba kereta,,pederas sajer)

Dalam banyak buku ada satu kitab

salam

ada lagu nasyid menyebut

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecapi barukan terasa
bila hilang didalam genggaman

Banyak perkara dalam hidup ini kita tidak hargainya sehinggalah ianya pergi meninggalkan kita.tak menghargai bermakna tidak mensyukuri. Biasanya suatu perkara tidak disyukuri kerana manusia tidak melihat sesuatu itu adalah perkara yang bernilai.

Macam binatang jumpa intan permata, tak seekor pon akan mengambil manfaat darinya. Begitu jugak manusia yang tidak tahu menilai nikmat dari Allah. Nikmat Allah paling besar adalah iman dan islam. Semua yang bersandarkan kepada keduanya juga adalah sesuatu yang paling besar.Contohnya, persaudaraan yang biasa menjadi besar apabila terasnya adalah akidah (iman dan islam). Allah berfirman :

Setiap orang yang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah persaudaraan kamu, bertaqwalah moga-moga kau akan dirahmati

Namun , kedua nikmat ini adalah nikmat yang sering dilupakan oleh muslimin. Lalu, mereka mengangkat sistem lain selain sistem islam untuk mengawal hidup mereka dan kemudian merasakan sistem ciptaan manusia itu adalah sistem yang terhebat.Manakala, sistem islam adalah sistem yang faudho, ataupun kuno. Maka, dahulu keluar satu kata-kata dari seorang pemimpin yang dikatakan berfikiran jauh " Al Quran ini perlu ditafsir semula"

Islam sebagai ad deen adalah islam sebagai cara hidup. Orang yang memandang dengan islam sebagai ritual pengibadahan akan merasakan islam adalah satu kesempitan.kerana ruang lingkup pandangannya adalah sekitar solat hingga ke haji. Tetapi, sekiranya ruang lingkup pandangannya adalah islam sebagai cara hidup. maka, mereka akan merasai keluasan islam. Di dalam Islam ada 5 hukum taklifi

1)wajib
2)Sunat
3)Harus
4)Makruh
5)Haram

daripada 5 hukum, 3 daripadanya boleh diamalkan dalam kehidupan manakala, 2 lagi adalah dilarang. 3>2 menunjukkan banyak perkara yang dibenarkan islam berbanding yang dilarang. Bahkan semua perkara harus apabila diniatkan kepada Allah akan mendapat pahala sunat.Luasnya islam bagi yang mengerti.

hari ini aku sempurnakan keatas kamu agama kamu, dan aku sempurnakan kepada kamu nikmatku, dan aku redha islam sebagai agamamu.

dalam banyak agama manusia buat, ada satu yang terbaik dan diredhai Allah iaitu islam.
dalam banyak buku manusia tulis, ada satu kitab yang diredhai Allah iaitu kitabullah Al quran


Tuesday 19 April 2011

Siapa dia ini


siapa yang berambut pendek dibawah ini.Kabarnya dia katakan tok guru nik Abd Aziz seperti ayah Pin dahulu. Dan baru-baru ni dia kata TGNA seperti pelacur politik. Dia ulas dalam isu video palsu katanya , anuar kena saman trio pengedar cerita lucah. kalau anwar tak nak saman, TGNA kena saman anwar bagi membuktikan ini bukan permainan politik.

Apa kaitannya?..apa locus standi?..perempuan yang jahat

fitnah pertama dalam sejarah bani israel adalah perempuan
dalam malaysia pon sama.Anak didik dia kah

bukan kerana minat atau kerana aku mampu

salam,

Sheikh Dr.yusuf qardawi dalam kitab " harakah islamiyah satu tuntutan" menggariskan beberapa kewajipan penubuhan harakah islamiyah dan berintima' dengannya. Antaranya beliau mendatangkan satu kaedah fiqh yang berbunyi " la yutimmul wajib illa bihi fahuwal wajib" yang mana maknanya " tidak akan sempurna sesuatu melainkan dengan nya, maka perkara itu adalah wajib"..

Dari kaedah fiqh ini, ulama menetapakan bahawa adanya sebuah pergerakan yang membawa islam ini adalah sati kewajipan kerana menubuhkan sebuah daulah yang beramal dengan islam. Daulah islamiyah. Adalah menjadi fardhu kifayah kepada satu masyarakat untuk ada satu golongan yang membawa islam, bahkan kewajipan kepada orang yang tahu (saya tiak menggunakn terma " alim" kerana masyarakat negara kita akan mengarahkan terma ni sepenuhnya kepada ulama)untuk menegakkan islam.

Kerana kewajipan ini, maka kita melihat ulama-ulama seperti Hassan al banna akhirnya menemui syahid ditembak dan Syed Qutb syahid ditali gantung dalam perjuangan mereka. Sebelum daripada itu, sudah ramai yang syahid. Maka teringat aku pada kata -kata Allah yang agong

" dikalangan orang mukmin itu ada yang telah yang menepati apa yang telah dijanjikan oleh tuhan mereka, maka ada dikalangan mereka yang telah gugur, dan ada yang menunggu, dan mereka tidak akan sesekali mengubah janji-Al Ahzab 23"

Perjuangan islam ini bukanlah kerana minat dan mampu.Mereka yang mempunyai al fahm (rukun baiah pertama: Hasan Al Banna) akan terus berjuang walaupon "tiada" minat. Minat atau rughbah akan hilang sekiranya tiada kefahaman akan wajibnya menintima'kan diri dalam islam. Kerana minat adalah perkara yang didasari oleh nafsu (baca : interest supaya lebih faham ). Jarang sekali sesuatu yang berteraskan kehendak atau kesukaan akan berkekalan dalam hidup kita. sebagai contoh, seseoarang yang suka kepada seorang perempuan, apabila perempauan itu sudah berkhawin , maka hilang sukanya.Sekiranya mampu yang dijadikan untuk meneruskan perjuangan ini, maka, berapa ramaikah yang sanggup bersusah payah sehingga terpulau, terpenjara, dan dibunuh dalam perjuangan ini - al anfal 30. Tentulah ramai yang mengundur diri.

Manakala, faham adalah perkara yang di dasari oleh keimanan. Hanya keimanan yang mendalam akan mendatangkan faham. Kata Nabi

iman bukanlah dengan angan-angan atau omong kosong, tapi perkara yang terhunjam di dalam hati dan dibukti dengan perbuatan

Minat atau tidak minat, seseorang islam mesti bergerak menegakkan islam. Dan tentunya dengan kaedah yang pelbagai mengikut kemampuan masing-masing.Tetapi sungguh jahil apabila seorang yang sepatutnya berada dihadapan (para ulama khususnya dan ahli yang dididik oleh gerakan islam) berada di belakang, dan amat malang pula kepada islam sekiranya yang sepatutnya berada dibelakang (orang jahil, dan tidak berkemampuan ) yang memimpin dihadapan.

Bila aku lemah dan tersepit sering aku ingatkan diriku dengan firman Allah ini

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagi mu, jika kamu Mengetahui"-At Taubah 41

Aku berjuang kerana Mu, bukan kerana aku minat atau aku mampu

Bukan lagi isteri

salam, salam perjuangan dari kampong,

Isteri,zaujah,wife, bini, adalah rangkai kata yang berbeza tetapi membawa makna yang sama iaitu seorang perempuan yang hidup bersama dengan seorang lelaki yang diikat dengan ikatan pernikahan atau perkhawinan.

maknanya, nak ada isteri kena bernikah dulu. Kalau tak bernikah tak lah wanita itu jadi isteri. Kawan-kawan aku yang berkahwin seme kata kahwin tu best. Ada yang kata kalau tau la best gini, dari dulu dah diorang kahwin.Lepas kahwin aku tengok ada banyak perubahan kat kawan aku.jaul superbike, pakai kete sedan slow, jual kete perang, beli kete MPV sopan.dari kepala ada rambut sampai jadi botak, dari botak bertambah botak ppon ada...Kahwin memang banyak perubahan.ada yang dapat isteri sedia solehah, senang kerja. ada yang dapat yang biasa tapi dapat didik isteri jadi solehah, alhamdulillah. Ada jugak yang yang dapat didik isteri, jadi lah bangang macam lembu, nauzubillah.

Isteri ada makhluk yang sama jenis dengan suami yang berlainan jantina yang dijadikan Allah untuknya (suami) supaya pasangan itu bertaqwa - Annisa' ayat 1

Peranan suami Isteri


Ada beberapa peranan isteri yang disebutkan didalam Al quran. Antaranya

1)Isteri adalah tempat untuk suami meluahkan kasih sayang

Isteri kamu adalah ladang tanaman bagi kamu, maka datangilah dari mana yang engkau mahu, dan beramalah untuk dirimu. Al Baqarah 223

2)Suami dan isteri bertolong bantu dalam kebaikan

orang yang beriman lelaki dan perempuan pembantu antara mereka, saling mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan rasul. Mereka itu akan dikasihi Allah. Sesungguhnya Allah maha mulia dan bijaksana. at taubah 71

3) Suami isteri adalah penenang antara satu sama lain, dan rumah tangganya menjadi tempat yang penuh kasih sayang dan mendapat rahmat

dan dari tanda kebesaran Allah ialah Allah menjadikan dari diri kamu isteri untuk kamu bersa aman (tenang )dengannya, dan Allah jadikan antara kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya inilah tanda bagi orang yang berfikir. Ar rum 21

maksudnya khawin ni bukan saja-saja. Ianya mestilah menambah taqwa. Malanglah andai dengan perkhawinan itu bertambahnya maksiat. kita tidak mahu kita saling tuduh menuduh dalam neraka dengan pasangan kita nanti, bahawa dialah yang menyesatkan kita (sifat ahli neraka)

Monday 18 April 2011

nak tipu la tu.

Berita kalu dah tipu, bertambah bodoh la rakyat. pikir logik la, takkan saja nak terjun..SPRM (suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat)


kosmo

KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.

berat Murid..berat lagi kerja cikgu


"The body mass index (BMI), or Quetelet index, is a heuristic proxy for human body fat based on an individual's weight and height. BMI does not actually measure the percentage of body fat.It was invented between 1830 and 1850 by the belgian polymath adolphe quetelet during the course of developing "social physics. Body mass index is defined as the individual's body weight divided by the square of his or her height. The formulae universally used in medicine produce a unit of measure of kg/m2. BMI can also be determined using a BMI chart.which displays BMI as a function of weight (horizontal axis) and height (vertical axis) using contour lines for different values of BMI or colors for different BMI categories."


 Menda diatas adalah antara kerja-kerja cikgu selain kena baiki sekolah bila najib nak datang, dan kena ukur saiz tangga astaka elok-elok bila rosmah dijangka akan menaiki tangga itu. Cikgu jugak kadang kala kena kerja hari sabtu, dan kadang kala, kena wat kelas sampai malam atas arahan pengetua yang berpunca kuasa dari arahan kementerian. 
Namun , gaji cikgu tetap seperti biasa. Kalau cikgu merungut orang akan kata cikgu mengajar tak ikhlas, dan cikgu takbersyukur orang lain payah-payah dapat cari kerja, graduan pendidikan dah confirm kerja.Bila anak ada masalah kat rumah mak bapak telefon cikgu tanya " ust, kenapa anak saya jadi macam ni, anak saya kawan dengan sapa kat sekolah"..kalau anak sakit,mak bapak akan telefon cokgu dah kata " ustaz, anak saya sakit, tolong datang tengokkan"..tapi cikgu tetap tak boleh merungut, nanti orang kata
Cikgu mengajar tak ikhlas, dan cikgu takbersyukur orang lain payah-payah dapat cari kerja, graduan pendidikan dah confirm kerja ( copy paste).. Cikgu jugak kena datang ceramah kerajaan nanti orang perwakilan pak menteri akan kata " cikgu tak bersama kerajaan, tak pandai berterima kasih kepada kerajaan ( macam celaka ayat ni )".. banyak kan kerja cikgu. 

Nabi kata " aku diutus sebagai cikgu " (dalam peristiwa nabi masuk ke adalam masjid ada 2 kelompok manusia yang sedang membaca quran dan bermajlis ilmu").. Aku suka jadi cikgu..terima kasih Allah, bukan kepada kerajaan

cerita disebalik induksi

salam,
Biasanya bila orang kata "disebalik" menda tu adalah menda yang tersirat dan bukan semua orang tau.tapi menda aku nak tulis ni langsung tak tersirat dan tak payah pikir.Orang gila tau, orang gila kuasa(baca: BN ) tau, orang nak rampas kuasa orang gila pon tau (baca: PR).

Semalam aku ke seremban ada taklimat induksi guru. jalan punya la jauh dari tempat aku ni , akhirnya taklinat berakhir dalam 30 minit dan semua yang di sebut dalam 30 minit tu adalah menda yang kami boleh baca di slide power point yang ditayangkan. Tak palah, cikgu cabuk macam saya memang tak minat membaca, elok jugak ada yang tolong baca

antara pointnya
1) induksi kat melaka 24-26 mei ini
2) tempoh induksi dpendekkan dari 2 minggu pada tahun sebelumnya kepada 3 hari 2 malam pada tahun ini
3) ada kerja kursus kena wat sebelum induksi dan hantar semasa pendaftaran
4) ini induksi cara baru
5) " jadual kita memang pack kerana semua perkara dalam 2 minggu dihimpunkan dalam 2 hari (hari ketiga samapai jam 12 tengahari sahaja)

tak banyak berfikir kepala otak aku terus memproses " cait cara baru la sangat, padahal kerajaan dah tak dak duit sebab banyak tabur kat sarawak".ha, apa cerita, langsung tak tersirat, tanpa payah pikir banyak aku dah tau apa dia nak bagitau..hahaha, bila kerajaan habis pitih, rakyat lah dahulu yang kena tanggung. Bini menteri?boleh tambah botox lagi..


Sunday 17 April 2011

apa cerita ni

Puad Zarkashi kata Cikgu Maarof suami kepada bekas calon Tenang Cikgu Normala lakukan kesalahan serius iaitu mengingkari peraturan yang tidak membenarkan seorang guru terlibat dalam kempen pilihan raya. Akibatnya beliau telah diarahkan bertukar.

Apa pula tindakan yang Puad Zarkashi dah ambil terhadap Pengarah Pelajaran Johor si Markom... yang videonya tersebar tu?

Memang biadaplah si Puad Zarkashi nie, si Markom kempen supaya guru2 sokong BN tak salah pula.... ~Adrastos
_____________
1. ucapan Markom di http://www.youtube.com/watch?v=c846qznCcEU
2. berita pertukaran: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
See More

berembun di felda

salam dari kampong,




semalam aku bersama mereka diatas ini.Sampai berembun berbincang tentang kawan - kawan mereka. Kawan mereka yang telah lama ditipu hak tanah mereka. Dalam sistem fuedal ala felda yang menjadikan seorang warga felda terus menjadi hamba mukatib. Bezanya dalam islam hamba mukatib dibenarkan untuk membebaskan diri. tapi dalam sistem felda ini hamba mukatib adalah hamba selamanya..lepas bayar semua hutang mereka akan berhutang lagi dalam sistem penanaman semula

Mereka Setia
Tapi mereka masih setia, setiap kali pilihanraya mereka akan terus mengundi mana-mana pemimpin yang menaburkan ringgit dan janji. Selepas pilihanraya hidup mereka seperti biasa. Rutin yang sama. Pagi ke ladang , petang ke kedai kopi, malam sambung lagi, esok ulang semula..tunggu lagi pilihanraya dan pemimpin 4 tahun  sekali. Akhir-akhir ni ada satu badan dengan akronimnya ANAK yang nampak amik berat akan nasib mereka. Tapi mereka masih lagi belum percaya walau ANAK sudah menang dalam banyak kes menentang BAPAKnya.bagi mereka ini semua politik punya hal, dalam kawasan kami tiada tempat untuk pembangkang.  
Pembangkang tak dak wang. Pembangkang bangkang tapi bawak motor atas jalan kerajaan. Pembangkang tak buat jalan.kalau kami undi pembangkang , pembangkang akan jagi kerajaan tanpa wang,boleh buat apa kalau tak dak wang, pembangkang tau bangkang tapi bukan pembangkang bawa kemerdekaan.bukan pembangkang bawa kami masuk felda.felda jasa kerajaan kami hutang budi sampai kami mati.

ini pemikiran mereka. perlu kepada penerangan. tapi jalannya mcam mana. berembun berbincang, belum ada jawapan apa cara untuk bagitau mereka, setiap kerajaan akan ada hasilnya, dan jalan raya itu memang kerja kerajaan, merdeka itu hasil kerja awal orang agama. Bagaimana mahu mengetuk pintu-pintu hati ini. Wallahu'alam..

teringat aku pada syair arab lama "yusamma alqalba bi qalbin liannaha mutaqallab "..di namakan hati dengan hati kerana dia berbolak balik.  Ya Allah condongkan mereka kepada agamaMu.

orang felda juga kata " TV3 bukan kerajaan punya"..apa cerita?

Saturday 16 April 2011

Naik Bus, Naik Motor, Naik Kereta






Suatu Hari sahabat bernama sufian bin Abdullah bertanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulallah, beritahu aku suatu perkara tentang islam yang menerangkan islam secara meyeluruh, dan aku tak perlu lagi tanya orang lain selepas engkau beritahu tentangnya", maka jawab rasulullah " qul amantu billahi thuma istaqim ,katakan aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah"

Allah berfirman di dalam Al Quran daripada surah Al Ankabut
"adakah kamu menyangka kamu akan dibiarkan setelah kamu mengatakann kamu beriman, sedang kamu tidak diuji, sesungguhnya kami telah menguji golongan sebelum kamu, dan daripada ujian itu, tahulah Allah siapakah yang sebenarnya membenarkannya, dan siapakah pula pendusta"


Semalam apabila diumumkan keputusan pilihanraya sarawak aku masih bersama dengan jemaah madrasah cheras perdana menikmati nasi goreng kampong dan milo kosong (say no to sugar, and milk) selepas kuliah maghrib. Balik Cheras Perdana aku menulis sesuatu di blog ini, dan selepas itu aku mendapat panggilan daripada rakan juang dari negeri sembilan yang ingin bercakap tentang keputusan pilihanraya

katanya 
"payah serawak ini, buatlah mcam mana pon, lambat lagi kita nak menang"
"set dayak (saya memahamkan semua pribumi) dapat duit sikit dah cair, buang duit gi sana"

Kemudian aku teringat kata-kata daripada pakcik usop, pengerusi tetap pas kawasan jempol semenjak tahun 1980
"dari rambut hitam sampai beruban islam belum menang saya masih berjuang, dari naik yamaha YB (bonceng orang ni dari palong 4, berhampiran gemas) ke taman melewar, sampai naik kia sentra,islam belum menang , saya akan terus berjuang".....pak usop sudah sakit-sakit, syafahullah.

Istiqamah yang disebut senagai lebih baik dari 1000 karamah ini adalah kunci penting dalam perjuangan islam, sememangnya telah menjadi lumrah bahawa kemengan itu adalah selepas bersusah payah dalam menerjang badai.Sepanjang 53 tahun PAS mewarnai politik malaysia ada 2 kali pas mendapat kemenangan yang besar jumlah kerusinya iaitu pada tahun 1998 dan 2008..Hanya 2 kali selepas puluhan tahun turun naik dalam persada politik malaysia yang semakinm bergelora dengan fitnah ini.

Umpama peristiwa isra dan mikraj, setiap kali pilihanraya, seolah-olah Allah menapis barisan pejuang sebenar dan mengeluarkan beberapa mereka yang tidak benar.Kemudian Allah menambahkan beberapa pejuang baru yang terbit dari ledakan hidayah Allah.Maka, ada dikalangan kita yang kekal , dan ada yang gugur (mutasaqit).Apabila kita diuji oleh Allah semalam dengan kemenangan yang sedikit (yang kalah dalam PRU sarawak adalah BN ), ada dikalangan ahli pejuang yang terusik jiwanya dan berkeluh kesah (ini sifat manusia dalam surah Al Maarij ). Maka, dalam keadaan ini al fahmu (kefahaman ) tentang sunnah perjuangan ( jauh dan beronak duri: attaubah ) dan istiqamah lah yang sesuai menjadi penguat diri. Perjuangan yang ditunjangi oleh kefahaman adalah lebih mantap daripada perjuangan yang ditunjangi semangat dan isu.Mereka yang faham akan kewajipan untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim akan terus berjuang walau kalah atau menang.

Allah berfirman " sembahlah Allah sehingga saat kematian". Antara aspek penyembahan dalam islam adalah dengan duduk di dalam medan perjuangan. ketika rasulullah ditanya tentang amalan yang afdal di dalam islam, rasulullah meletakkan tentang tiga amalan, iaitu, solat pada waktunya, berbuat baik pada ibu bapa, dan berjihad di jalan Allah. Jadi , mereka yang faham akan terus berjuang untuk menegakkan islam sehingga akhir hayat mereka, dalam setiap nafas yang dipinjamkan oleh Allah (la tahzan: dr Abdullah eid Al Qarni). Non Stop 24 jam sehari.Bak kata pejuang iban " agi idup, agi ngelaban"..

kemenangan banyak  pada 2008 dan kemenangan sedikit semalam kedua-duanya adalah dari allah. Mala, kepada Allahlah kita kembali bersyukur dan meletakkan segala pengharapan lewat usaha kita.Aku teringat mula-mula aku memulakan siri ceramah di KL- selangor ini pada ramadhan tahun lepas, kenderaan utamaku adalah bas yang bergoyang-goyang dari bahau, bas yang agak baik dari seremban, dan teksi di kuala lumpur.Kemudian datang kepada sebuah superbike yang memudahkan perjalananku. namun penatnya bukan kepalang. Hari ini, Allah berikan kepadaku sebuah kereta honda cantuik yang selalu bermasalah (rosak selalu) tambah memudahkan perjalanan dakwah ku.Lantas suatu hari nanti aku perlu menaik semula bas apabila keretaku rosak (memang ada kat bengkel pon sekaarang , bocor minyak power stereng) adakah aku patut mengeluh setelah banyak kebaikan pada waktu sebelumnya..sesungguhnya ini hanyalah ujian..

tahniah, dan terbukti



Tahniah kepada pakatan diatas kemenangan di sarawak dan takziah kepada rejim kerana kekalahan mereka.Rejim kalah kerana gagal mengekalkan majoriti dahulu, dan pakatan menang kerana berjaya menambahkan kerusi dan mengurangkan kerusi BN.Tahniah juga kepada kawan-kawan iban dan dayak, dan yang lainnya kerana mengurangkan hegemoni melanau mat taib.korang memang hebat kerana menjadi pemberani seperti mana berani rentap, dan barisan pejuang..agi idup,agi ngelaban!!!


terbukti, bahawa SPR dan PDRM adalah parti komponen BN..hahaha ..ingat apa yang korang nak suap kepada anak bini korang kelak akan ditanya.dan takziah kepada BN kerana kekalahan ini.

PR 13 kerusi, bebas 1, BN (set kalah aku tak amik port)

esok punya cerita.InsyaAllah







Salam, kita boleh rancang macam-macam untuk cerita esok hari.Macam Utusan Meloya dan Berita Hairan yang selalu rancang berita apa nak kuar esok.Macam RTM, TV31/4 yang rancang nak lebong rakyat macam mana malam ni masa berita pukul 8.Tapi semuanya dengan izin Allah. Makhluk lemah Allah kuat.

Aku pon ada rancangan aku yang macam-macam. Malam ni last kuliah aku di KL-Selangor minggu ni.Hutan Batu yang meng"hijau" sekarang.Walau hijau aku tak berani gak jalan malam sorang, sebab islam belum tertegak.Teringat aku hadis nabi tentang ada waktunya nanti orang pompuan boleh jalan dengan aman walaupon sorang-sorang, dan serigala pon takkan makan kambing..Orang kampong macam aku memang mati kutu kalau kenal tinggal sengsorang kat tengah bandar KL ni.

Lepas kuliah maghrib di Cheras Perdana malam ni aku akan kembali ke kampong yang banyak pokok mem'biru'.Esok petang aku akan bersama mereka semula di kedai kopi.Malam aku bersama mereka di masjid yang berAJK biru.Rancangannya esok aku akan ceritakan pada kampongian ini graf diatas dengan bahasa mereka (qadri aqlihim).Moga mereka faham apa itu inflasi, KDNK, dan FDI.lepas terjemahkan kefahaman dalam PRU 13 yang dah tak lama ini.insyaAllah (jangan cakap kau nak buat mcam itu dan ini esok, kecuali dengan cakap insyaallah).

Apa PRU sarawak boleh buktikan?

Dah tak lama lagi akan tamatlah masa untuk rakyat serawak membuang undi..ada 2,3 minit ja lagi.undi rakyat sarawak tak sama macam undi rakyat malaysia dalam ABPBH, tak sama undi SMS maharaja lawak.Sebab apa aku kata macam tu, sebab dalam ABPBH dan Maharaja Lawak siapa pon menang atau kalah tak bagi kesan kepada orang yang  mengundi.Lain ceritanya dengan undi disarawak, menang atau kalah calon yang diundi akan memberi kesan.

Kesannya mudah untuk difahami kalau puak rejim dan pahin menang , banyaklah lagi pokok boleh ditebang, dan tanah warisan boleh dirampas.kalau mereka kalah, kita akan kehilangan barisan pemimpin ini, kerana mereka akan ke luar negara (standard dah tu).kalah geng rejim maksudnya menang pakatan.Menang pakatan maksudnya akan berbunga harapan baru rakyat untuk mendapat sedikit adil dan kasihan.Kalau bunga itu tidak menjadi buah dan terus gugur, 4 tahun lagi kita akan ubah sarawak lagi


Ada juga perkara yang boleh dibuktikan daripada kekalahan rejim.kalau kalah rejim maka akan terbukti SPR dan PDRM bukan parti komponen.hahaha..ha, apalagi, buktikan!!

Friday 15 April 2011

Permulaan Baru

Assalamualaikum..
Selamat datang aku ucapkan kepada diri aku ke dalam dunia blog.aku menulis  blog ini pada hari yang sangat penting bagi orang-orang dayak, iban, bidayuh, kadazan, melanau, dan pelbagai etnik Sarawak untuk menentukan masa depan negeri dan anak-anak mereka.. tarikh ini 16 april 2011 (sebulan sebelum tanggal mauled ku) akan jadi tarikh bersejarah satu anjakan baru dalam diriku dan rakyat Sarawak.

Nama
Barangkali ada orang berfikir hamper seminggu atau sebulan untuk memillih nama bagi sesuatu..kerana nama adalah gambaran awal untuk seseorang dan sesuautu perkara. Aku juga mengambil masa..masa kurang seminit untuk memilih nama cikgu cabuk bagi blog ini.Nama ini aku ambil dari kata seorang sifu dalam hidup aku, ust syed nazir syed Ibrahim “ana ni cikgu cabuk je”.cikgu cabuk macam quran buruk.walau cabuk dan buruk ia tetap bermanfaat.

Tema
Tema adalah gambaran keseluruhan tentang suatu perbincangan atau topic.tema ku “ react patriot”.aku dah cuba untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu. Namun, terasa sedikit jangkal, dan tidak bertenaga.jadi aku teruskan dengan bahasa orang barat ini “react patriot” kerana bagi ku yang penting mesejnya.

Tentang Blog
Blog ini adalah luahan rasa seorang cikgu kampongan terhadap situasi yang berlaku dal;am Negara.blog ini tidak perlu terlalu berbunga bahasa, atau menjaga hati orang lain..ini adalah luahan rasa.luahan rasa hati, tidak memerlukan kepada pengikut untuk mendengar.cukup kepada peluah untuk berasa puas.jadi blog ini ada unutk diri sendiri..wassalam

Cheras
12:27am
16 april 2011