sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 25 July 2011

Ramadhan Itu Datang Lagi

Assalamualaikum,



Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. ..Al Asr

Dari Jibril kepada Rasulullah, hiduplah sebagai mana engkau nak, tapi ingat kau akan mati....

Masa dan Kehidupan


Masa dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan. seolah-olah adalah perkara yang sama. selagi ada masa berjalan maka ada kehidupan.Apabila masa terhenti maka berhentilah kehidupan.

Masa dan Kehidupan itu pantas dan amat singkat. Masa dan kehidupan ada di dunia dan ada di akhirat. Namun, relatifnya amat besar. Kata Allah dalam surah sajadah yang lazim dibacakan setiap pagi jumaat itu, bandingkan masa akhirat dan dunia ialah 1:1000..Maknanya andai kita hidup di dunia seratus tahun baru sahaja 2 jam diakhirat. Justeru andai mahu untung melabur maka mulakan pelaburan di dunia dan tuailah hasilnya diakhirat. Pelaburan yang sedikit akan dibalas dengan habuan yang besar.

Antara waktu yang paling untung untuk melabur adalah pada bulan ramadhan. Andai pada bulan lain sahaja Allah sudah sememangnya amat pemurah dengan sifat rahmannya. Pada bulan ini segalanya digandakan. Pintu syurga dibukakan, dan ditutup pintu neraka sebagai gambaran pengasih dan penyayangnya Allah. Syaitan diikat melihatkan betapa Allah mahu kita bersendirian dengan diri kita dan Dia Allah semata-mata dalam pengibadahan.

Masa Ramadhan

Seolahnya baru sahaja berlaku peristiwa aku dimarahi kerana pelajar-pelajar ku memakai kopiah dibulan ramadhan. Juga seolah baru berlaku peristiwa seorang tua yang melafazkan azam untuk berpuasa penuh kepada aku. Segalanya masih seperti baru.Buktinya, aku masih teringat setiap bait kata dalam coretan peristiwa itu. Namun, hakikatnya sudah hampir 365 hari , setahun berlalu peristiwa itu. itulah masa yang tak dapat ditahan. Masa akan meneruskan alirannya sehingga samapi kembali ke delta ramadhan yang subur. Ramadhan yang penuh rahmat dan dan pengampunan bagi mereka yang bertaqwa.

Taqwa, taqwa adalah pada setiap bulan, minggu dan hari. Setiap jumaat akan diingatkan kepada setiap muslimin supaya bertaqwa. Istimewa ramadhan jalan menuju taqwa dipermudahkan Allah. Berlapar itu adalah jalan menuju taqwa. Dari Aisyah rasulullah berkata " selalulah mengtuk pintu syurga"..tanya aisyah "bagaimana?"..dengan lapar (berpuasa). Aku terfikir praktikal dalam mencapai taqwa. taqwa bukanlah perkara yang semestinya diteorikan. Menghafal setiap pendapat ulama tentang taqwa belum lagi menjadikan orang itu bertaqwa. Namun, nilai ketaqwaan itu banyak pada praktikal kehidupan. Sabar ketika ditimpa masalah (bukan selepas), sabar ketika mendapat nikmat, dan pelbagai lagi akhlak yang baik adalah taqwa. Maka , kunci takwa adalah muqarabah iaitu merasakan diri di awasi Allah taala.

Ramadhan yang sama natijah yang berbeza

sudah berpuluh tahun berpuasa, maka hendaknya ada peningkatan setiap kali ramadhan ini datang. Sekuranya pada satu-satu amalan. Apakah gunanya Allah mengembangkan payung rahmatnya andai kita tidak mengambil manfaat. Seorang raja yang ingin memberikan kurnia dan rakyat pula sombong tidak mahu menerima. Alangkah bodohnya kita. Untuk menjadikan ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya maka ianya menuntut kepada persedian.

1) Tazkiyah

Menyucikan jiwa. Setiap orang mempunyai antigen kegemaran untuk membasuh bajunya. ada yang sukakan attack, vanish dan pelbagai yang lain. Hati yang kotor juga ada cara unttuk mencucinya. Ada zikir,sedekah, puasa, qiamullail, dan amalan-amalan yang lain. Maka pilih la satu yang sunat disamping yang menunaikan yang wajib untuk menyucikan jiwa.Allah sayang lebih kepada yang melakukan perkara tatawu' dan nawafil..jiwa yang bersih akan membuahkan akhlak yang baik dan taqwa.

2) Taalim

Belajar. Siapa yang diberikan hikmah sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak. Untuk mendapat hikmah / kebijakasanaan maka wajib keatas kita dengan belajar. Ilmu itu dengan belajar, faham itu dengan menagih kefahaman, barangsiapa yang diberikan Allah dengan kebaikan maka Allah akan memberinya kefahaman dalam agama. Maka antara yang boleh dipelajari ialah hukum hakam dalam perkara puasa semoga kita beramal dengan panduan ilmu. juga Kelebihan ramadhan semoga kita bersemangat hidup di dalamnya.Samakah antara orang yang tahu dengan tidak tahu. tentulah tidak.mudah untuk kita memahami pertanyaan Allah ini tanpa penrangan yang panjang lebar. Pandai dan Bodoh.Apa bezanya..berkajang-kajang kita mengarang belum tentu habis ceritanya. Hasil faham ialah Taqwa.

3)Tilawah

Ramadhan bulan orang membaca Al quran. Al quran yang berhabuk kembali di ambil dan di baca. Habis ramadhan mula bercerita tentang khatam 30 juzuknya dan menutup kembali lembar Al quran. Semoga dipanjangkan umur, andai datang lagi ramadhan Al Quran dibuka semula. Begitulah kebanyakkannya. Al Quran memberi syafaat kepada Ahlinya bukan kepada yang membacanya semasa ramdhan. Berapa ramai yang membaca Al Quran nanti akan dilaknat Allah. Bacalah selalu buah tangan Allah untuk kita manusia. Tulisan Allah, ada yang lebih baik daripadanya?..jawabnya tiada.Cuma apabila datang ramdhan tiba masa untuk menggandakan muamalah dengan Al Quran. Andai dulu baca semuka sehari, sekarang masa untuk menambah bilangan dan kerajinan. Andai dulu tidak memahami makna. Biarlah ramdhan datang sebagai motivasi untuk kita memahami AlQuran. Memahami Al Quran adalah rahmat besar yang menanam rasa gembira di kala mendapat bala, sedih ketika melakukan maksiat,dan tidak takut melainkan kepada Allah.Hasilnya Taqwa.

Tiga Hai


Hai orang yang beruntung, beruntunglah andai ramadhan ini ada satu penambah baikkan dalam diri Mu

Hai orang celaka, celakalah andai berlalu ramadhan kau bertambah maksiat kepada Allah

Hai orang orang rugi, rugilah engakau andao ramadhan berlalu kau tetap sepertimu..

Ramadhan itu masa, kita adalah kehidupan. Ramdhan akan datang tanpa diminta dan tidak dapat dihalang akan pemergiannya. Kita akan sekali lagi menjadi tetamunya. pilihlah menjadi tetamu yang di hormati atau dilaknatni...

Ramadhan ini berwarna kuning..

Sunday 17 July 2011

Dalam hati ada cemburu

assalamualaikum, salam hati yang BERSIH

jealous is come from nowhere

..tiba2 dia datang..tengah duduk saja jeles datang, tengah makan nasik jeles datang, tengah buang air pon datang..sebab jeles ada dalam nafsu dan akal..akal n nafsu..samalah ikut mana pon kita nak baca.2 menda ni ada dekat dengan kita...yelah akal dan nafsu kita takkan ada kat sberang laut, mestilah ada kat diri kita.bagus jugak ada jeles ni.kalau dah khawin rumah tangga akan tambah rapat, sebab jeles berpada akan melambangkan keprihatinan. Kalau dalam bab belajar, kerja dan yang seumpamanya, jeles akan memberikan jalan kepada persaingan yang sihat. jadi sesuatu yang ada persaingan akan menambah mutu pekerjaannya.

tapi yang jadi masalah bila dah tak terkawal.ada rumah tangga elok bahagia boleh berantakan.kalau dalam kerja plak, boleh berbomohan.aku bagi contoh jelah ni.Jeles ni datang dari pancaindera yang mengawal akal adan nafsu. dari mata, dari mulut, dari telinga..hidung jarang-jarang lah..ada ke orang jeles bila aku pakai perfume gucci rush.tak dak kot.jadi untuk mengawal perasaan ini, yang pertama perlu di kawal ialah pancaindera manusia itu. samada yang faiel(tukang jeles) atau maf'ul (yang kena jeles)..kena berpada pada kesemuanya.pertengahan itu yang terbaik.apa makna pertengahan.maknanya wasatiyah la.orang yang tak leh kawal sifat jeles dia jangan la tengok menda yang menjeleskannya.kalau terpandang berpaling.orang yang lain kena la fikir jugak menda yang dia buat tu akan mengundang jeles ka tidak..macam itulah..bukan apa , korang tak tau ka, dulu qabil bunuh habil kes cemburu la..iblis tak mau sujud kepada Adam sebab cemburu la..takut tak..kalau takut sambung sikit klat bawah..

sifat prihatin terhadap perkara sekeliling juga dapat mengelakkan jeles.hidup mesti pada relaiti.orang dah khawin tak sama dengan bujang, orang dah bertunang tak sama dengan single.orang miskin tak sama dengan kaya. maka lihatlah pada realiti anda dan sekeliling anda.Fiqh waqiiyah namanya.betul dah kata yusuf qardawi.kena faham waqi' ni..kalau tak macam-macam boleh jadi.antranya jeles..yang tak terkawal..lastnya, aku rasa Allah tak suka cemburu buta ni..(see i change da word.from jeles to cemburu)..sama la tu bai..wassalam



"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

Tuesday 12 July 2011

Mengapa Ambiga

Asslamualaikum



persoalan ini biasanya diutarakan oleh 4 golongan.

1) tak tahu berpolitik atau tak tau politik

2) Tak tahu apakah sebab BERSIH diadakan

3) Ahli umno

4) Orang yang sayang islam tapi tidak tahu ilmu2 dalam islam.Terutama sirah dan imamah



disini saya berikan sedikit jawapan ringkas kenapa ambiga terpilih, dan menjadi pengarah bersih. Jawapan ini adalah di atas kapasiti AJK dewan ulama PAS negeri sembilan(kapasiti ini diletakkan supaya pembaca tahu bahawa perkara ini telah disyurakan (dimesyuaratkan dan dipersetujui oleh meraka yang mahir dalam ilmu islam) dan dijelaskan kepada ahli pas (yang datang usrah)



mengapa ambiga?



1)BERSIH bukanlah parti politik atau pakatan parti politik. Bersih adalah tuntutan bersama rakyat malaysia yang mahukan sistem pilihanraya yang telus, adil, dan tidak menipu rakyat.Justeru, penglibatan 62 NGO adalah menjelaskan bahawa BERSIH ini adalah suara rakyat malaysia.bukannya mewakili suara parti politik tertentu.Jadi, ambiga dicalonkan dan semua mempersetujui beliau



2)BERSIH menjadi sebahagian alat dakwah PAS dalam menunjukkan contoh yang baik. Seperti diketahui kebanyakkan yang berada dimedan pada hari itu adalah ahli-ahli PAS dari seluruh negara. Dengan kemampuan untuk menggerakkan ahli seramai ini, PAS masih lagi mematuhi keputusan mesyuarat BERSIH yang mahu melantik Ambiga.Ini adalah suatu contoh yang baik kepada non muslim akan keterbukaan PAS dalam isu tertentu dan dalam mematuhi keputusan mesyuarat



3)Masih lagi dari kaca mata dakwah kerana PAS adalah bukan sekadar parti politik tapi parti yang membawa islam sebagai cara hidup.PAS telah mengambil iktibar daripada peristiwa pembukaan kota mekah. Semasa Rasulullah membuka kota mekah , baginda pernah bersabda "barangsiapa yang masuk ke dalam rumah abi sufyan akan selamat"..maka ramai mencarai perlindungan dirumah Abi Sufyan.Akhirnya, abi sufyan yang amat memusuhi islam pada sebelum fathul mekah memeluk islam dengan kehendaknya selepas melihat akhlak nabi.

Dahulu, Karpal sigh pernah berkata 'langkah mayat saya dahulu kalau ingin membina negara islam di amalysia. Akhirnya dengan penjelasan demi penjelasan beliau menarik kata-katanya semula selepas mengetahui fakta yang tepat tentang negara islam.Fakta ini selalunya diputar belitkan UMNO..

Barangkali kita masih ingat peranan ambiga dalam IFC (inter faith Council), beliau peguam yang memperjuangkan isu Lina Joy (ahli Pas sekali lagi berdemonstrasi menunjukkan bantahan)-saya sudah jelaskan mengapa IFC berlaku..mudah mudahan beliau akan menjadi seperti karpal sigh yang akhirnya melihat kekuatan dan keterbukaan islam pada pandangan yang betul..Berbanding umno yang kuat membantah tanpa menunjukkan jalan maka kami berpendapat ini lebih baik.



4)Agar BERSIH tidak dilihat daripada perspektif lain selain mahukan Keadilan dan Ketelusan dalam SPR.sekiranya PAS meletakkan pemimpin PAS sebagai pemimpin BERSIH maka sebahagian warga mungkin akan melihat motif agama pada BERSIH kerana sememangnya PAS sinonim dengan motif ini. Barangkali hal demikian akan menyekat penyertaan selain ahli PAS dan ahli kelab penyokong PAS dari non Muslim kedalam BERSIH.
5)adalah untuk mengelakkan (saddu zaraie=langkah pencegahan)daripada sebahagian media atau UMNO/BN memainkan isu PAS sebagai ekstrimis agama. Lebih lagi dalam suatu islamiphobia yang masih ada di dalam masyarakat. Hal ini kerana, walaupon PAS sentiasa menonjolkan imej dengan pendekatan sederhana namun, momokan ekstrimis ini masih lagi dimainkan oleh media2 umno, dan Polis.(peristiwa polis menjumpai molotov kokail di Sogo dan sebagainya)
wallahuaalam..sekadar disini penjelasan saya.

Jawapan kerjasama PAS dengan bukan islam dalam BERSIH

Assalamualaikum



sebelum membahaskan sesuatu perkara maka memberikan definisi yang tepat adalah amat penting.definisi yang diberikan mestilah bersifat jami' wal mani'..kerjasama dengan orang kafir disebutkan dalam kitab politik islam dengan nama tahaluf siasi.antaranya karya ibn qayyim aljauzi bertajuk turuq hukumiyah, karya sheikh soleh uthaimin yang berkomentar kepada kitab siasah syariah karangn ibn taimiyah, dan ahkam sultaniyah karangan al mawardy



tahalluf datang dari kata akar halafa yang bermaksud perjanjian.siasi ada bermaksud politik, pentadbiran dan yang sebanding dengannya..maka ringkasnya tahalluf siasi adalah perjanjian pilitik.namun, kebanyakkan ulama mengkhususkan kepada perjanjian antara orang islam dengan orang kafir.



asal kepada hukum adalah harus mengikut kaedah fekah. Namun, boleh berubah kepada haram sekiranya tujuan tahalluf tidak menepati syara'.



kita terus kepada isu di malaysia iaitu kerjasama PAS dengan Ambiga, DAP atau sesiapa sahaja yang bukan islam di dalam BERSIH atau mana2 aktiviti samada bermotif politik secara langsung atau tidak.isu ini selalunya dimainkan oleh golongan berikut:



1)penguasa islam yang benci kepada kebangkitan islam

2)politikus yang buta sirah

3)ustaz yang mencari makan dengan menyenangkan hati pemerintah zalim

4)juak2 penyokong pemimpin zalim yang bertaqlid buta dan taka nak belajar agama

5)orang yang tahu namun memekak telinga, dan membutakan mata dari kebenaran



antara dalil yang membolehkan kerjasama dengan orang kafir selagi mana ada kebaikan yang besar dan dapat menolak mudharat (kaedah fekah) ialah :



1)Hilf al Fudhul-Peristiwa ini berlaku sebelum kenabian.Dimana telah berlaku penindasan dalam jual beli terhadap seorang peniaga dri yaman oleh pembeli dari bani syam.jadi perkara ini dibawa ke muka pengadilan dan berlaku perjanjian ini.diaman menyebut selepas daripada ini perniagaan akan dijalankan dengan adil.Apabila Rasulullah menjadi nabi baginda menyebut andainya berlaku hilf al fudhul itu pada masa kenabiannya maka baginda akan setuju. Husyan bin Ali pernah jugak melakukan perkara serupa apabila berhadapan dengan gabenor madianah yang tidak adil dengan mengatakan akan membawa isu itu kepada masyarakat untuk melakukan hilf fudul.Begitu juga perbuatan anas bin malik apabila berhadapan dengan jaafar sulaiman. Beliau mengajak semua orang islam dan kafir menandatangai perjanjian keadilan menentang jaafar sulaiman hingga dipenjara



2)Selepas kenabian baginda mendapat perlindungan bapa saudaranya abu talib seorang yang bukan islam



3)dalam usaha untuk memasuki mekah selepas hijrah ke taif baginda rasul mendapatkan perlindungan dari mut'im bin adi seorang tokoh muda mekah yang kafir-rahiqilmakhtum al mubarakfuri



4)penghijrahan saidina jaafar ke habsyah mendapat perlindungan dari raja kristian najasyi



5)tukang tunjuk jalan nabi ke hijrah madinah ialah abdullah uraiqit seorang musyrikin yang mahir jalan pendalaman ke madinah



6)perjanjian aqabah 1 adalah perjanjian nabi dengan orang bukan islam yang datang menunaikan haji dari madinah



melihat kepada 6 peristiwa ini dapat kita mengambil pengajaran bahawa harus untuk bertahalluf dengan bukan islam dan sekiranya tujuannya adalah kebaikkan akan mendapat pahala mengikut sunnah rasulullah



sebenarnya terdapat banyak lagi peristiwa dalam sejarah islam, antara perjanjian antara tentera muhamad Al fateh dan kerajaan hungary untuk mengadakan gencatan senjata semasa mahu menakluk konstantinople..penasihat sultan muhamad al fateh adalah sheikh akh syamsudin.begitu juga perjanjian antara muhammad al fateh dengan urban warga hungary yang kafir untuk membuat meriam..terlampau banyak peristiwa yang melibatkan perjanjiannya baik antara muslim dan kafir dalam sejarah islam.



ini adalah sedikit penjelasan dan perlu kepada penambah baikkan