Assalamualaikum,
Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. ..Al Asr
Dari Jibril kepada Rasulullah, hiduplah sebagai mana engkau nak, tapi ingat kau akan mati....
Masa dan Kehidupan
Masa dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan. seolah-olah adalah perkara yang sama. selagi ada masa berjalan maka ada kehidupan.Apabila masa terhenti maka berhentilah kehidupan.
Masa dan Kehidupan itu pantas dan amat singkat. Masa dan kehidupan ada di dunia dan ada di akhirat. Namun, relatifnya amat besar. Kata Allah dalam surah sajadah yang lazim dibacakan setiap pagi jumaat itu, bandingkan masa akhirat dan dunia ialah 1:1000..Maknanya andai kita hidup di dunia seratus tahun baru sahaja 2 jam diakhirat. Justeru andai mahu untung melabur maka mulakan pelaburan di dunia dan tuailah hasilnya diakhirat. Pelaburan yang sedikit akan dibalas dengan habuan yang besar.
Antara waktu yang paling untung untuk melabur adalah pada bulan ramadhan. Andai pada bulan lain sahaja Allah sudah sememangnya amat pemurah dengan sifat rahmannya. Pada bulan ini segalanya digandakan. Pintu syurga dibukakan, dan ditutup pintu neraka sebagai gambaran pengasih dan penyayangnya Allah. Syaitan diikat melihatkan betapa Allah mahu kita bersendirian dengan diri kita dan Dia Allah semata-mata dalam pengibadahan.
Masa Ramadhan
Seolahnya baru sahaja berlaku peristiwa aku dimarahi kerana pelajar-pelajar ku memakai kopiah dibulan ramadhan. Juga seolah baru berlaku peristiwa seorang tua yang melafazkan azam untuk berpuasa penuh kepada aku. Segalanya masih seperti baru.Buktinya, aku masih teringat setiap bait kata dalam coretan peristiwa itu. Namun, hakikatnya sudah hampir 365 hari , setahun berlalu peristiwa itu. itulah masa yang tak dapat ditahan. Masa akan meneruskan alirannya sehingga samapi kembali ke delta ramadhan yang subur. Ramadhan yang penuh rahmat dan dan pengampunan bagi mereka yang bertaqwa.
Taqwa, taqwa adalah pada setiap bulan, minggu dan hari. Setiap jumaat akan diingatkan kepada setiap muslimin supaya bertaqwa. Istimewa ramadhan jalan menuju taqwa dipermudahkan Allah. Berlapar itu adalah jalan menuju taqwa. Dari Aisyah rasulullah berkata " selalulah mengtuk pintu syurga"..tanya aisyah "bagaimana?"..dengan lapar (berpuasa). Aku terfikir praktikal dalam mencapai taqwa. taqwa bukanlah perkara yang semestinya diteorikan. Menghafal setiap pendapat ulama tentang taqwa belum lagi menjadikan orang itu bertaqwa. Namun, nilai ketaqwaan itu banyak pada praktikal kehidupan. Sabar ketika ditimpa masalah (bukan selepas), sabar ketika mendapat nikmat, dan pelbagai lagi akhlak yang baik adalah taqwa. Maka , kunci takwa adalah muqarabah iaitu merasakan diri di awasi Allah taala.
Ramadhan yang sama natijah yang berbeza
sudah berpuluh tahun berpuasa, maka hendaknya ada peningkatan setiap kali ramadhan ini datang. Sekuranya pada satu-satu amalan. Apakah gunanya Allah mengembangkan payung rahmatnya andai kita tidak mengambil manfaat. Seorang raja yang ingin memberikan kurnia dan rakyat pula sombong tidak mahu menerima. Alangkah bodohnya kita. Untuk menjadikan ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya maka ianya menuntut kepada persedian.
1) Tazkiyah
Menyucikan jiwa. Setiap orang mempunyai antigen kegemaran untuk membasuh bajunya. ada yang sukakan attack, vanish dan pelbagai yang lain. Hati yang kotor juga ada cara unttuk mencucinya. Ada zikir,sedekah, puasa, qiamullail, dan amalan-amalan yang lain. Maka pilih la satu yang sunat disamping yang menunaikan yang wajib untuk menyucikan jiwa.Allah sayang lebih kepada yang melakukan perkara tatawu' dan nawafil..jiwa yang bersih akan membuahkan akhlak yang baik dan taqwa.
2) Taalim
Belajar. Siapa yang diberikan hikmah sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak. Untuk mendapat hikmah / kebijakasanaan maka wajib keatas kita dengan belajar. Ilmu itu dengan belajar, faham itu dengan menagih kefahaman, barangsiapa yang diberikan Allah dengan kebaikan maka Allah akan memberinya kefahaman dalam agama. Maka antara yang boleh dipelajari ialah hukum hakam dalam perkara puasa semoga kita beramal dengan panduan ilmu. juga Kelebihan ramadhan semoga kita bersemangat hidup di dalamnya.Samakah antara orang yang tahu dengan tidak tahu. tentulah tidak.mudah untuk kita memahami pertanyaan Allah ini tanpa penrangan yang panjang lebar. Pandai dan Bodoh.Apa bezanya..berkajang-kajang kita mengarang belum tentu habis ceritanya. Hasil faham ialah Taqwa.
3)Tilawah
Ramadhan bulan orang membaca Al quran. Al quran yang berhabuk kembali di ambil dan di baca. Habis ramadhan mula bercerita tentang khatam 30 juzuknya dan menutup kembali lembar Al quran. Semoga dipanjangkan umur, andai datang lagi ramadhan Al Quran dibuka semula. Begitulah kebanyakkannya. Al Quran memberi syafaat kepada Ahlinya bukan kepada yang membacanya semasa ramdhan. Berapa ramai yang membaca Al Quran nanti akan dilaknat Allah. Bacalah selalu buah tangan Allah untuk kita manusia. Tulisan Allah, ada yang lebih baik daripadanya?..jawabnya tiada.Cuma apabila datang ramdhan tiba masa untuk menggandakan muamalah dengan Al Quran. Andai dulu baca semuka sehari, sekarang masa untuk menambah bilangan dan kerajinan. Andai dulu tidak memahami makna. Biarlah ramdhan datang sebagai motivasi untuk kita memahami AlQuran. Memahami Al Quran adalah rahmat besar yang menanam rasa gembira di kala mendapat bala, sedih ketika melakukan maksiat,dan tidak takut melainkan kepada Allah.Hasilnya Taqwa.
Tiga Hai
Hai orang yang beruntung, beruntunglah andai ramadhan ini ada satu penambah baikkan dalam diri Mu
Hai orang celaka, celakalah andai berlalu ramadhan kau bertambah maksiat kepada Allah
Hai orang orang rugi, rugilah engakau andao ramadhan berlalu kau tetap sepertimu..
Ramadhan itu masa, kita adalah kehidupan. Ramdhan akan datang tanpa diminta dan tidak dapat dihalang akan pemergiannya. Kita akan sekali lagi menjadi tetamunya. pilihlah menjadi tetamu yang di hormati atau dilaknatni...
Ramadhan ini berwarna kuning..
No comments:
Post a Comment