sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 21 June 2011

Wahai Jiwa Yang Tenang Pulang kepada Tuhanmu


Assalamualaikum,

Tenang seringkali didefinisikan bersama dengan tempat yang sunyi, duduk berseorangan, persekitaran desa, dan pelbagai lagi pemikiran typical yang telah diturunkan zaman berzaman dalam kotak pemikiran manusia.Lantas, untuk mencari ketenangan manusia akan pergi jauh dari manusia yang lain, berseorangan, dan melupakan sebentar tabiie kebiasaannya iaitu bersosial.Ada juga yang pergi balik ke kampung, atau mencari tempat perkelahan yang lebih natural suasananya walaupun jaraknya jauh sekalipun, semata-mata kerana mahu ada rasa tenang menyerap dalam hati, akal, dan jasad mereka ketika itu.

Pencerahan dan Sabar

Sebulan ni aku ditimpa dengan macam-macam masalah yang berkaitan dengan kereta. Mula dengan enjin blow, dan terakhirnya accident depan dan belakang.Masa mula-mula dapat masalah ni, dalam hati ada 1001 perasaan yang aku tak tau nak cerita macam mana. Tambah lagi kena tipu dengan pomen (pomen ni dah bawak lari duit kawan aku RM2500, dan dia pon dah hilang). Soalan paling aku tak suka orang tanya masa tu pasal kereta "mana kete ko jan?, Bila nak test dengan kete aku ni, baru sampai ni.."..and so on la.

Bila dah hampir sebulan lebih bergelumang dengan masalah yang sama, aku dah jadi tak kesah. Pastu kereta pun ok dan aku boleh kembali memandu. Tapi tak macam biasa. Walaupun enjin besar, aku tak boleh bawak laju. Sebab blok dan piston baru, jadi kena running dulu. Masa ni aku dapat belajar tentang sabar dan tenang. Bila naik bukit saga BLM auto pun boleh pintas aku, seminggu yang dulu aku lalu jalan lama jelebu-hulu langat, motor kapcai pon steady jer bagi aku asap.Tapi apa boleh wat, dah memang kena bawak perlahan.Lama aku dalam perjalanan, tiba aku rasa tenang. matlamat aku satu jer "sampai tempat kuliah". Tak da matlamat sampingan "nak test berapa cepat boleh sampai", atau "nak main dengan wira GSR yang baru je blow aku kat dengan sekolah undang luak tadi"..Darah muda pon turun dan tenang, terus jalan, tak peduli ke orang lain (maksudnya pemandu yang lain), dan sampai. Badan pon tak rasa letih sangat, hati pon rasa seronok. Inilah tenang bila kita dapat buat apa yang perlu bukan apa yang kita nak.oh macam tu

Tenang dalam ramai

Perspektif biasanya mengatakan ramai tu serabut.Bila dah serabut selalu nak pergi bersunyi-sunyi duduk sorang-sorang. Bila duduk sorang-sorang datanglah syaitan. kata hadis "syaitan tu bersama dengan orang yang berseorangan dan dengan mereka yang berjemaah syaitan menjauh"..Ha, dah macam mana tu.Teringat kata imam Abu Laits As Samarkhandi dalam Tanbihul Ghafilin uzlah terbaik itu adalah jasad mereka tetap bersama ramai tetapi hatinya tetap kepada Allah. Jadi sebenar dalam ramai ada tenang. Kerana tenang itu dalam hati. Berqiamullail seorang diri belum tentu lebih tenang daripada solat berjemaah. Duduk di hutan belum tentu lebih tenang dari duduk di bandar.
"wahai jiwa tenang baliklah kepada tuhanmu"..

Agama yang menenangkan


Tahun 2002, lepas abah meninggal ada banyak menda baru yang tak pernah aku fikir sebelumnya aku kena fikirkan.Ladang, tanah, dan lain-lain yang selama ni aku wat tak tau.2003, sambung tingkatan dengan harapan kosong untuk ke universiti. Hanya kata-kata mama yang aku jadikan manual motivasi untuk aku terus belajar. Belajar lagi selama 2 tahun dalam kesempitan kewangan, dan banyaknya kerja sampingan. Akhirnya, aku jumpa sesuatu dalam surah Al Muzammil. Allah minta nabi bangkit dari pembaringan untuk berqiamullail dan membaca quran. Kerana apa?kerana Allah mahu berikan kepada nabi satu tanggungjawab yang berat iaitu islam.

Bila difikrkan semula masalah aku bukanlah apa-apa jika mahu dibandingkan dengan masalah agama ini. Lantas andai solat dan membaca Al Quran dapat memyelesaikan masalah yang paliung hebat ini apakan lagi dengan masalah kecil duniaku ini. Akhirnya, aku belajar berqiamullail dan beristiqamah dengan Al Quran. dan hidup kembali menjadi tenang. Solat tiang agama. Al quran adalah intipatinya. Hidup beragama memang menenangkan.Kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya samada dengan hikmah yang mudah dinampak atau yang tersembunyi untuk difikirkan. Fikit untuk taat. Baru 2 hari yang lepas aku diberitakan tentang perubahan seorang sahabat dalam urusan agamanya. dan aku merasa tenang mendengarnya. mendengar orang yang memilih jalan agama sudah cukup menenangkan hati dan mengukir senyuman apalagi andai sendiri yang mangamalkan.

"bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai mutiara
di lautan nurani

bahagia itu ada dijiwa
mahkota disinggahsana rasa
bahgia itu adalah suatu ketenangan"

"kecuali siapa yang mendatangai Allah dengan hati yang tenang"..

No comments:

Post a Comment