sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 15 December 2011

sebahagian cerita 1 malaysia tahun 2011

Assalamualaikum

ini bukan cerita hantu..hahaha




1. PKFZ ---------- RM12 ribu juta
2. Submarine (kapal selam) -------- RM500 juta
3. SimeDarby --------- RM964 juta
4. Paya Indah Westland ---------- RM88 juta
5. Pos Malaysia (transmile) ----------RM230 juta hilang
6. Eurocopter deal RM1 juta dibazirkan?
7. Stadium Terengganu yang runtuh ---------- RM292 juta
8. Maybank Overpay for BII -------- RM4 ribu juta
9. Tourism-NYY kickback ----------- RM10 juta
10. 3 lukisan dibeli oleh MAS ------------ RM1.5 juta
11. Lebihan bayaran (overpayment) oleh Kementerian Sukan --------- RM 8.4 juta
12. Kompleks Sukan London’s White Elephant ------------ RM70 juta
13. Pembaikian MRR2 ------------- RM70 juta
14. Pembaikian MATRADE ------------- RM 120 juta
15. Kos kapal terbang baru untuk kegunaan Perdana Menteri --------- RM200 juta
16. Hutang tidak dibayar InventQ ------------ RM228 juta
17. Compensation for killing crooked bridge
18. Kerugian pembelian di Augusta ----------- RM510 juta
19. Faedah AP dalam setahun ------------- RM 1.8 ribu juta
20. Kapal selam (Artifak Muzium Negara terkini) ------------ RM4.1 ribu juta
21. Limbungan PSC Naval ------------------- RM 6.75 ribu juta
22. Skandal Bank Bumiputra berkembar pada awal tahun 1980 an menyaksikan US$1 ribu juta (RM3.2 ribu juta dalam ringgit pada tahun 2008 )
23. Percubaan Maminco untuk sudut pasaran timah dunia pada tahun 1980 an dipercayai menelan belanja sebanyak US$500 juta (RM1.6 ribu juta)
24. Pertaruhan dalam bursa niaga asing oleh Bank Negara Malaysia sebanyak RM30 ribu juta dalam tahun 1990 an.
25. Perwaja Steel kerugian sebanyak US$800 juta (RM2.56 ribu juta)
26. RM10 ribu juta dana awam diguna diguna oleh Valuecap Sdn. Bhd dalam operasi untuk menampung pasaran saham.
27. RM700 juta kerugian di Bank Islam dalam skandal perbankan
28. Jualan M.V. Agusta oleh Proton untuk satu Euro membuat kerugian dalam euro75.77 juta (RM 348 juta)
29. Wang Ehsan dari Royalti Minyak Terengganu ---------- RM7.4 ribu juta dari tahun 2004 hingga 2007
30. Sejak 10 tahun Philpharmonic Orchestra ditubuhkan, pertubuhan ini menelan belanja sebanyak RM500 juta. Upah Kwai-lo CEO dengan gaji lebih dari RM1 juta per annum setahun.
31. Mahathir dibayar gaji RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Pembangunan Wanita dan masyarakat) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Keagamaan) RM549,675 setahun.
32. Kerajaan menghabiskan lebih kurang RM3.2 ribu juta dalam pengajaran Matematik dan Sainsa dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam 5 tahun kebelakangan ini. Pecahan daripada nilai tersebut, kerajaan membayar RM2.21 ribu juta untuk pembelian peralatan ICT dimana ianya hanya memberi kerosakan. Kerajaan membayar lebih dari RM6 ribu untuk satu notebook vsper dimana harga sebenar di pasaran adalah kurang dari RM3 ribu melalui beberapa perkongsian yang disediakan hanya untuk memenuhi perjanjian dengan pembekal notebook tersebut. Sebenarnya tiada kandungan Matematik dan Sains untuk guru dan sekarang ini notebook itu semuanya berada dengan anak-anak guru itu sendiri.
33. Suruhanjaya (commission) yang terlibat telah membeli jet dan kapal selam dengan dua syarikat peribadi iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd dengan jumlah mencecah RM90 juta.
34. RM300 juta diperuntukkan untuk ganti rugi kepada Gerbang Perdana sebanyak RM1.1 ribu juta “Crooked Scenic Half-bridge”
35. RM1.3 ribu juta dibazirkan untuk membina kemudahan Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) gajah putih diatas pembatalan jambatan Malaysia-Singapore.
36. RM100 juta untuk pembaharuan bangunan Parlimen dan kebocoran.
37. Program Angkasawan Negara ------ RM40 juta
38. Program Latihan dan Khidmat Negara ------- tahunan mencecah RM500 juta
39. Eye On Malaysia --- RM30 juta dan sebahagian RM5.7 juta untuk tiket percuma
40. RM2.4 juta dakwat kekal
41. Samy mengumumkan bahawa pada bulan September 2006, kerajaan membayar ganti rugi mencecah RM38.5 ribu juta kepada 20 syarikat lebuhraya. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.
42. RM32 juta export kayu balak disogok termasuklah syarikat yang berhubung dengan Menteri Besar Sarawak dan kaum kerabatnya.
43. Pinjaman daripada Malaysia Airline System mencecah RM7.9 juta. Pada masa dimana MAS mengalami kerugian setiap tahun, RM1.55 juta diguna untuk membeli 3 lukisan untuk menghiasi pejabat Pengerusi (Munir).
44. Pinjaman Sistem pengangkutan Putra berjumlah RM4.486 juta.
45. Kos pinjaman kepada STAR-LRT sebanyak RM3.256 juta.
46. Pinjaman kepada Sistem Pembentungan Negara dianggarkan RM192.54 juta
47. Pinjaman kepada Lebuhraya Seremban-Port Dickson mencecah RM142 juta
48. Pinjaman kepada Penjara Kuching sebanyak RM135 juta.
49. Pinjaman kepada Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam mencecah RM8.3 juta
50. Pinjaman kepada Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta
51. Pengedaran borong puluhan juta saham dalam Bursa Malaysia berselindung disebalik DEB untuk krono, anak-anak dan saudara mara pemimpin BN dan menteri-menteri bernilai berbilion-bilion ringgit.
52. Sejak tahun 1997, Petronas telah memberikan 30 ribu juta ringgit dalam bentuk subsidi gas asli kepada IPP yang telah membuat keuntungan yang sangat besar. Tambahan pula, terdapat banyak pembaziran dan perdagangan terhadap Petronasoil dalam tahun 1990-an berdasarkan harga minyak yang rendah ketika itu. Oleh kerana akaun Petronas adalah untuk tatapan Perdana Menteri sahaja jadi kita sudah tentu tidak tahu akan jumlahnya yang sebenar,
53. RM5700 untuk satu bicu kereta yang bernilai RM50.
54. Kenderaan milik kerajaan yang digunakan menghabiskan RM113 untuk tangki petrol dalam masa beberapa minit.
55. Sebuah tiang plaform yang hanya RM990 telah dibeli dengan harga RM30 000.
56. Thumdrive yang hanya RM90 dibeli dengan harga RM480
57. Kabinet yang hanya RM35 dibeli dengan harga RM143
58. Perbelanjaan untuk kempen 1Malaysia dibayar kepada APCO?
59. RM17 ribu juta subsidi kepada IPP.



tahun 2012 jangan ulang lagi cerita sama

Wednesday 14 December 2011

kalau nak kamu nak berazam

Assalamualaikum,




Tak lama lagi nak mula dah tahun baru 1 januari 2012. Ada lagi 17 hari lagi maka anak muda akan hoorraaay , mari kita berpesta. Yap tulah tahun baru masihi. Tak lama dulu ada tahun baru islam pada 1 Muharram 1433H bersamaan 27 november 2011 atau nama lainnya maal hijrah. Masa aku kecik - kecik dulu orang tua akan berarak satu kampung. masa kat sekolah dulu pun sama. Ada pertandingan sepanduk terkreatif (walaupun sekarang bila aku tengok balik tak dak la kreatif sangat..hehe..). Sambil berarak sambil bersolawat, sambil bernasyid " tala'al badru 'alaina". Masa tu yang aku faham makna solawat ja.Satu pujian kepada Rasulullah. Lebih kurang umur 7-10 tahun. Lama sikit, aku dah mula belajar arab aku pon faham apa makna nasyid talaa' badru alaina.tu la penting belajar arab.hehehe..


cara menyambut kedua2 tahun baru ni amat berbeza. Kenapa?. Mudah ja. Mana nak sama perkara yang bersandarkan syariat dengan tidak. Mengaji dan menyanyi kan lain feelnya tu.Tapi ada 1 persamaan. apabila datang tahun baru hijrah atau masihi maka banyak orang (binatang tak ) akan buat azam baru.bukan maknanya sapa tak nak buat azam atau berazam untuk berubah tu binatang.hehe..

AZAM TAHUN BARU

Biasanya azam baru manusia ni akan bermula dengan beberapa option:-

1)Sempena tahun baru ni aku azam nak....
2)Sempena tahun baru ni aku nak ....
3) aku nak jadi...
4)Aku nak berubah jadi....

dan banyak lah lagi gaya bahasanya..

macam mana pun nak mula tak kisah. Tapi orang islam kena lah jadi lebih baik dalam perletakkan azam. takkan nak sama pula dengan orang yang tidak beriman. Nabi kata " islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dari islam". Jadi, dalam bab nak ber azam muslim mestilah lebih hebat jugak.tak kira lah tahun hijrah atau masihi.

aku teringat satu azam dari 'uqbah bin nafi'

"Ya Allah,kalau lah tidak kerana laut di hadapanku, aku akan buka dunia untuk meninggikan agamaMu, Ya Allah saksikanlah".

Bila aku baca kata2 ni hati aku terdetik " nilah azam yang paling patut ada pada setiap orang islam sempena tahun baru ni"

Apa dia?..Bukan redah laut..dah tu?..yep, meninggikan islam.

Nak bagi mudah faham, kena baca lagi sampai habis.Macam ni ceritanya

Ada beberapa peringkat kita nak bawa islam ni:-

1) Menegakkan islam dalam diri
Senang cakap , jaga diri sendirilah. Solat jangan tinggal, baca quran,gi masjid, aurat kena tutup, puasa kalau tinggal kena ganti, pergaulan kena jaga, jangan main judi, jangan minum arak, hormat ibu bapa, the rest you list it...apa2 yang berkaitan dengan diri sendirilah.tak sabit dengan orang lain.kita kawal diri kita. nak pilih yang baik ka nak pilih yang buruk.

2) Menegakkan islam dalam diri orang lain
Ha!!! yang ni sikit payah.orang lain ni kalau nak hurai dalam dia ada
2.1)Keluarga
2.2)Jiran
2.3)masyarakat
2.4)Dun
2.5)Negeri
2.6)Negara

Amboi, sampai ke negara..yelah, kalau tak nabi tak tubuh negara madinah. Negara no 1 paling aman dalam dunia.tapi tak lah mula2 nak buat yang besar2. mulakan dengan keluarga. Bermula dengan pemilihan isteri hinggalah membesarkan anak. Kita berkeluarga sampai ke syurga kata orang. Betullah tu. tapi kenalah semarakkan nilai islam dalam keluarga barulah boleh masuk syurga.hehe

jadi, orang islam sekelian sempena tahun baru ni MARI ANGKAT ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Thursday 17 November 2011

DARI HATI YANG RINDU




Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.-imam syafie

"Jan, pinjam sandle, nak balik kampung la"
"Tak boleh la farham , aku nak guna"
"alah, kemut la ko"
"amik la, aku ada kasut"

antara perbualan yang sentiasa aku ingat antara aku dengan arwah..

Lama dah aku berenti tulis blog ni.Cadangnya nak sambung tulis lepas selesai walimah aku nanti.Tapi malam ni entah kenapa , perasaan aku dihambat rindu yang semacam dengan sahabat yang seorang ni.Rindu yang amat.Minggu ni 2 kali aku mimpikan dia. Pergi jalan2 entah kemana. Mimpi yang cukup tenang dan memberikan aku perasaan istirahah yang sempurna dan bangun pagi dengan penuh segar.

Rindu yang buat aku menulis lagi disini.


Arwah farham seorang sahabt yang tanpa sedar menjadi idola aku selepas pemergiannya. Jiwanya besar..tak banyak yang boleh aku ingat tentang beliau.
Alunan suaranya ketika membaca Al Quran cukup lunak. Aku amat suka berimamkan beliau terutamanya apabila arwah membaca Surah Al Mulk dengan gaya Imam As Sudais.

Allahu yafdhiluhu bi kathirim minal fadhail..

Semoga arwah berada di dalam taman syurga...Amin..Rabbana adkhilhum jannatal lati wa'adtahum...

berenti dulu sampai rindu berlalu..

Monday 25 July 2011

Ramadhan Itu Datang Lagi

Assalamualaikum,



Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. ..Al Asr

Dari Jibril kepada Rasulullah, hiduplah sebagai mana engkau nak, tapi ingat kau akan mati....

Masa dan Kehidupan


Masa dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan. seolah-olah adalah perkara yang sama. selagi ada masa berjalan maka ada kehidupan.Apabila masa terhenti maka berhentilah kehidupan.

Masa dan Kehidupan itu pantas dan amat singkat. Masa dan kehidupan ada di dunia dan ada di akhirat. Namun, relatifnya amat besar. Kata Allah dalam surah sajadah yang lazim dibacakan setiap pagi jumaat itu, bandingkan masa akhirat dan dunia ialah 1:1000..Maknanya andai kita hidup di dunia seratus tahun baru sahaja 2 jam diakhirat. Justeru andai mahu untung melabur maka mulakan pelaburan di dunia dan tuailah hasilnya diakhirat. Pelaburan yang sedikit akan dibalas dengan habuan yang besar.

Antara waktu yang paling untung untuk melabur adalah pada bulan ramadhan. Andai pada bulan lain sahaja Allah sudah sememangnya amat pemurah dengan sifat rahmannya. Pada bulan ini segalanya digandakan. Pintu syurga dibukakan, dan ditutup pintu neraka sebagai gambaran pengasih dan penyayangnya Allah. Syaitan diikat melihatkan betapa Allah mahu kita bersendirian dengan diri kita dan Dia Allah semata-mata dalam pengibadahan.

Masa Ramadhan

Seolahnya baru sahaja berlaku peristiwa aku dimarahi kerana pelajar-pelajar ku memakai kopiah dibulan ramadhan. Juga seolah baru berlaku peristiwa seorang tua yang melafazkan azam untuk berpuasa penuh kepada aku. Segalanya masih seperti baru.Buktinya, aku masih teringat setiap bait kata dalam coretan peristiwa itu. Namun, hakikatnya sudah hampir 365 hari , setahun berlalu peristiwa itu. itulah masa yang tak dapat ditahan. Masa akan meneruskan alirannya sehingga samapi kembali ke delta ramadhan yang subur. Ramadhan yang penuh rahmat dan dan pengampunan bagi mereka yang bertaqwa.

Taqwa, taqwa adalah pada setiap bulan, minggu dan hari. Setiap jumaat akan diingatkan kepada setiap muslimin supaya bertaqwa. Istimewa ramadhan jalan menuju taqwa dipermudahkan Allah. Berlapar itu adalah jalan menuju taqwa. Dari Aisyah rasulullah berkata " selalulah mengtuk pintu syurga"..tanya aisyah "bagaimana?"..dengan lapar (berpuasa). Aku terfikir praktikal dalam mencapai taqwa. taqwa bukanlah perkara yang semestinya diteorikan. Menghafal setiap pendapat ulama tentang taqwa belum lagi menjadikan orang itu bertaqwa. Namun, nilai ketaqwaan itu banyak pada praktikal kehidupan. Sabar ketika ditimpa masalah (bukan selepas), sabar ketika mendapat nikmat, dan pelbagai lagi akhlak yang baik adalah taqwa. Maka , kunci takwa adalah muqarabah iaitu merasakan diri di awasi Allah taala.

Ramadhan yang sama natijah yang berbeza

sudah berpuluh tahun berpuasa, maka hendaknya ada peningkatan setiap kali ramadhan ini datang. Sekuranya pada satu-satu amalan. Apakah gunanya Allah mengembangkan payung rahmatnya andai kita tidak mengambil manfaat. Seorang raja yang ingin memberikan kurnia dan rakyat pula sombong tidak mahu menerima. Alangkah bodohnya kita. Untuk menjadikan ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya maka ianya menuntut kepada persedian.

1) Tazkiyah

Menyucikan jiwa. Setiap orang mempunyai antigen kegemaran untuk membasuh bajunya. ada yang sukakan attack, vanish dan pelbagai yang lain. Hati yang kotor juga ada cara unttuk mencucinya. Ada zikir,sedekah, puasa, qiamullail, dan amalan-amalan yang lain. Maka pilih la satu yang sunat disamping yang menunaikan yang wajib untuk menyucikan jiwa.Allah sayang lebih kepada yang melakukan perkara tatawu' dan nawafil..jiwa yang bersih akan membuahkan akhlak yang baik dan taqwa.

2) Taalim

Belajar. Siapa yang diberikan hikmah sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak. Untuk mendapat hikmah / kebijakasanaan maka wajib keatas kita dengan belajar. Ilmu itu dengan belajar, faham itu dengan menagih kefahaman, barangsiapa yang diberikan Allah dengan kebaikan maka Allah akan memberinya kefahaman dalam agama. Maka antara yang boleh dipelajari ialah hukum hakam dalam perkara puasa semoga kita beramal dengan panduan ilmu. juga Kelebihan ramadhan semoga kita bersemangat hidup di dalamnya.Samakah antara orang yang tahu dengan tidak tahu. tentulah tidak.mudah untuk kita memahami pertanyaan Allah ini tanpa penrangan yang panjang lebar. Pandai dan Bodoh.Apa bezanya..berkajang-kajang kita mengarang belum tentu habis ceritanya. Hasil faham ialah Taqwa.

3)Tilawah

Ramadhan bulan orang membaca Al quran. Al quran yang berhabuk kembali di ambil dan di baca. Habis ramadhan mula bercerita tentang khatam 30 juzuknya dan menutup kembali lembar Al quran. Semoga dipanjangkan umur, andai datang lagi ramadhan Al Quran dibuka semula. Begitulah kebanyakkannya. Al Quran memberi syafaat kepada Ahlinya bukan kepada yang membacanya semasa ramdhan. Berapa ramai yang membaca Al Quran nanti akan dilaknat Allah. Bacalah selalu buah tangan Allah untuk kita manusia. Tulisan Allah, ada yang lebih baik daripadanya?..jawabnya tiada.Cuma apabila datang ramdhan tiba masa untuk menggandakan muamalah dengan Al Quran. Andai dulu baca semuka sehari, sekarang masa untuk menambah bilangan dan kerajinan. Andai dulu tidak memahami makna. Biarlah ramdhan datang sebagai motivasi untuk kita memahami AlQuran. Memahami Al Quran adalah rahmat besar yang menanam rasa gembira di kala mendapat bala, sedih ketika melakukan maksiat,dan tidak takut melainkan kepada Allah.Hasilnya Taqwa.

Tiga Hai


Hai orang yang beruntung, beruntunglah andai ramadhan ini ada satu penambah baikkan dalam diri Mu

Hai orang celaka, celakalah andai berlalu ramadhan kau bertambah maksiat kepada Allah

Hai orang orang rugi, rugilah engakau andao ramadhan berlalu kau tetap sepertimu..

Ramadhan itu masa, kita adalah kehidupan. Ramdhan akan datang tanpa diminta dan tidak dapat dihalang akan pemergiannya. Kita akan sekali lagi menjadi tetamunya. pilihlah menjadi tetamu yang di hormati atau dilaknatni...

Ramadhan ini berwarna kuning..

Sunday 17 July 2011

Dalam hati ada cemburu

assalamualaikum, salam hati yang BERSIH

jealous is come from nowhere

..tiba2 dia datang..tengah duduk saja jeles datang, tengah makan nasik jeles datang, tengah buang air pon datang..sebab jeles ada dalam nafsu dan akal..akal n nafsu..samalah ikut mana pon kita nak baca.2 menda ni ada dekat dengan kita...yelah akal dan nafsu kita takkan ada kat sberang laut, mestilah ada kat diri kita.bagus jugak ada jeles ni.kalau dah khawin rumah tangga akan tambah rapat, sebab jeles berpada akan melambangkan keprihatinan. Kalau dalam bab belajar, kerja dan yang seumpamanya, jeles akan memberikan jalan kepada persaingan yang sihat. jadi sesuatu yang ada persaingan akan menambah mutu pekerjaannya.

tapi yang jadi masalah bila dah tak terkawal.ada rumah tangga elok bahagia boleh berantakan.kalau dalam kerja plak, boleh berbomohan.aku bagi contoh jelah ni.Jeles ni datang dari pancaindera yang mengawal akal adan nafsu. dari mata, dari mulut, dari telinga..hidung jarang-jarang lah..ada ke orang jeles bila aku pakai perfume gucci rush.tak dak kot.jadi untuk mengawal perasaan ini, yang pertama perlu di kawal ialah pancaindera manusia itu. samada yang faiel(tukang jeles) atau maf'ul (yang kena jeles)..kena berpada pada kesemuanya.pertengahan itu yang terbaik.apa makna pertengahan.maknanya wasatiyah la.orang yang tak leh kawal sifat jeles dia jangan la tengok menda yang menjeleskannya.kalau terpandang berpaling.orang yang lain kena la fikir jugak menda yang dia buat tu akan mengundang jeles ka tidak..macam itulah..bukan apa , korang tak tau ka, dulu qabil bunuh habil kes cemburu la..iblis tak mau sujud kepada Adam sebab cemburu la..takut tak..kalau takut sambung sikit klat bawah..

sifat prihatin terhadap perkara sekeliling juga dapat mengelakkan jeles.hidup mesti pada relaiti.orang dah khawin tak sama dengan bujang, orang dah bertunang tak sama dengan single.orang miskin tak sama dengan kaya. maka lihatlah pada realiti anda dan sekeliling anda.Fiqh waqiiyah namanya.betul dah kata yusuf qardawi.kena faham waqi' ni..kalau tak macam-macam boleh jadi.antranya jeles..yang tak terkawal..lastnya, aku rasa Allah tak suka cemburu buta ni..(see i change da word.from jeles to cemburu)..sama la tu bai..wassalam



"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

Tuesday 12 July 2011

Mengapa Ambiga

Asslamualaikum



persoalan ini biasanya diutarakan oleh 4 golongan.

1) tak tahu berpolitik atau tak tau politik

2) Tak tahu apakah sebab BERSIH diadakan

3) Ahli umno

4) Orang yang sayang islam tapi tidak tahu ilmu2 dalam islam.Terutama sirah dan imamah



disini saya berikan sedikit jawapan ringkas kenapa ambiga terpilih, dan menjadi pengarah bersih. Jawapan ini adalah di atas kapasiti AJK dewan ulama PAS negeri sembilan(kapasiti ini diletakkan supaya pembaca tahu bahawa perkara ini telah disyurakan (dimesyuaratkan dan dipersetujui oleh meraka yang mahir dalam ilmu islam) dan dijelaskan kepada ahli pas (yang datang usrah)



mengapa ambiga?



1)BERSIH bukanlah parti politik atau pakatan parti politik. Bersih adalah tuntutan bersama rakyat malaysia yang mahukan sistem pilihanraya yang telus, adil, dan tidak menipu rakyat.Justeru, penglibatan 62 NGO adalah menjelaskan bahawa BERSIH ini adalah suara rakyat malaysia.bukannya mewakili suara parti politik tertentu.Jadi, ambiga dicalonkan dan semua mempersetujui beliau



2)BERSIH menjadi sebahagian alat dakwah PAS dalam menunjukkan contoh yang baik. Seperti diketahui kebanyakkan yang berada dimedan pada hari itu adalah ahli-ahli PAS dari seluruh negara. Dengan kemampuan untuk menggerakkan ahli seramai ini, PAS masih lagi mematuhi keputusan mesyuarat BERSIH yang mahu melantik Ambiga.Ini adalah suatu contoh yang baik kepada non muslim akan keterbukaan PAS dalam isu tertentu dan dalam mematuhi keputusan mesyuarat



3)Masih lagi dari kaca mata dakwah kerana PAS adalah bukan sekadar parti politik tapi parti yang membawa islam sebagai cara hidup.PAS telah mengambil iktibar daripada peristiwa pembukaan kota mekah. Semasa Rasulullah membuka kota mekah , baginda pernah bersabda "barangsiapa yang masuk ke dalam rumah abi sufyan akan selamat"..maka ramai mencarai perlindungan dirumah Abi Sufyan.Akhirnya, abi sufyan yang amat memusuhi islam pada sebelum fathul mekah memeluk islam dengan kehendaknya selepas melihat akhlak nabi.

Dahulu, Karpal sigh pernah berkata 'langkah mayat saya dahulu kalau ingin membina negara islam di amalysia. Akhirnya dengan penjelasan demi penjelasan beliau menarik kata-katanya semula selepas mengetahui fakta yang tepat tentang negara islam.Fakta ini selalunya diputar belitkan UMNO..

Barangkali kita masih ingat peranan ambiga dalam IFC (inter faith Council), beliau peguam yang memperjuangkan isu Lina Joy (ahli Pas sekali lagi berdemonstrasi menunjukkan bantahan)-saya sudah jelaskan mengapa IFC berlaku..mudah mudahan beliau akan menjadi seperti karpal sigh yang akhirnya melihat kekuatan dan keterbukaan islam pada pandangan yang betul..Berbanding umno yang kuat membantah tanpa menunjukkan jalan maka kami berpendapat ini lebih baik.



4)Agar BERSIH tidak dilihat daripada perspektif lain selain mahukan Keadilan dan Ketelusan dalam SPR.sekiranya PAS meletakkan pemimpin PAS sebagai pemimpin BERSIH maka sebahagian warga mungkin akan melihat motif agama pada BERSIH kerana sememangnya PAS sinonim dengan motif ini. Barangkali hal demikian akan menyekat penyertaan selain ahli PAS dan ahli kelab penyokong PAS dari non Muslim kedalam BERSIH.
5)adalah untuk mengelakkan (saddu zaraie=langkah pencegahan)daripada sebahagian media atau UMNO/BN memainkan isu PAS sebagai ekstrimis agama. Lebih lagi dalam suatu islamiphobia yang masih ada di dalam masyarakat. Hal ini kerana, walaupon PAS sentiasa menonjolkan imej dengan pendekatan sederhana namun, momokan ekstrimis ini masih lagi dimainkan oleh media2 umno, dan Polis.(peristiwa polis menjumpai molotov kokail di Sogo dan sebagainya)
wallahuaalam..sekadar disini penjelasan saya.

Jawapan kerjasama PAS dengan bukan islam dalam BERSIH

Assalamualaikum



sebelum membahaskan sesuatu perkara maka memberikan definisi yang tepat adalah amat penting.definisi yang diberikan mestilah bersifat jami' wal mani'..kerjasama dengan orang kafir disebutkan dalam kitab politik islam dengan nama tahaluf siasi.antaranya karya ibn qayyim aljauzi bertajuk turuq hukumiyah, karya sheikh soleh uthaimin yang berkomentar kepada kitab siasah syariah karangn ibn taimiyah, dan ahkam sultaniyah karangan al mawardy



tahalluf datang dari kata akar halafa yang bermaksud perjanjian.siasi ada bermaksud politik, pentadbiran dan yang sebanding dengannya..maka ringkasnya tahalluf siasi adalah perjanjian pilitik.namun, kebanyakkan ulama mengkhususkan kepada perjanjian antara orang islam dengan orang kafir.



asal kepada hukum adalah harus mengikut kaedah fekah. Namun, boleh berubah kepada haram sekiranya tujuan tahalluf tidak menepati syara'.



kita terus kepada isu di malaysia iaitu kerjasama PAS dengan Ambiga, DAP atau sesiapa sahaja yang bukan islam di dalam BERSIH atau mana2 aktiviti samada bermotif politik secara langsung atau tidak.isu ini selalunya dimainkan oleh golongan berikut:



1)penguasa islam yang benci kepada kebangkitan islam

2)politikus yang buta sirah

3)ustaz yang mencari makan dengan menyenangkan hati pemerintah zalim

4)juak2 penyokong pemimpin zalim yang bertaqlid buta dan taka nak belajar agama

5)orang yang tahu namun memekak telinga, dan membutakan mata dari kebenaran



antara dalil yang membolehkan kerjasama dengan orang kafir selagi mana ada kebaikan yang besar dan dapat menolak mudharat (kaedah fekah) ialah :



1)Hilf al Fudhul-Peristiwa ini berlaku sebelum kenabian.Dimana telah berlaku penindasan dalam jual beli terhadap seorang peniaga dri yaman oleh pembeli dari bani syam.jadi perkara ini dibawa ke muka pengadilan dan berlaku perjanjian ini.diaman menyebut selepas daripada ini perniagaan akan dijalankan dengan adil.Apabila Rasulullah menjadi nabi baginda menyebut andainya berlaku hilf al fudhul itu pada masa kenabiannya maka baginda akan setuju. Husyan bin Ali pernah jugak melakukan perkara serupa apabila berhadapan dengan gabenor madianah yang tidak adil dengan mengatakan akan membawa isu itu kepada masyarakat untuk melakukan hilf fudul.Begitu juga perbuatan anas bin malik apabila berhadapan dengan jaafar sulaiman. Beliau mengajak semua orang islam dan kafir menandatangai perjanjian keadilan menentang jaafar sulaiman hingga dipenjara



2)Selepas kenabian baginda mendapat perlindungan bapa saudaranya abu talib seorang yang bukan islam



3)dalam usaha untuk memasuki mekah selepas hijrah ke taif baginda rasul mendapatkan perlindungan dari mut'im bin adi seorang tokoh muda mekah yang kafir-rahiqilmakhtum al mubarakfuri



4)penghijrahan saidina jaafar ke habsyah mendapat perlindungan dari raja kristian najasyi



5)tukang tunjuk jalan nabi ke hijrah madinah ialah abdullah uraiqit seorang musyrikin yang mahir jalan pendalaman ke madinah



6)perjanjian aqabah 1 adalah perjanjian nabi dengan orang bukan islam yang datang menunaikan haji dari madinah



melihat kepada 6 peristiwa ini dapat kita mengambil pengajaran bahawa harus untuk bertahalluf dengan bukan islam dan sekiranya tujuannya adalah kebaikkan akan mendapat pahala mengikut sunnah rasulullah



sebenarnya terdapat banyak lagi peristiwa dalam sejarah islam, antara perjanjian antara tentera muhamad Al fateh dan kerajaan hungary untuk mengadakan gencatan senjata semasa mahu menakluk konstantinople..penasihat sultan muhamad al fateh adalah sheikh akh syamsudin.begitu juga perjanjian antara muhammad al fateh dengan urban warga hungary yang kafir untuk membuat meriam..terlampau banyak peristiwa yang melibatkan perjanjiannya baik antara muslim dan kafir dalam sejarah islam.



ini adalah sedikit penjelasan dan perlu kepada penambah baikkan

Thursday 30 June 2011

Selepas 27 rejab

Assalamualaikum



apa ada dengan 27 rejab. jawapannya ada isra mikraj.semua boleh jawab.Bahkan setiap tahun ceramah, dan kuliah agama akan diadakan untuk mengingati peristiwa agung ini. Setiap tahun inilah keadaannya. Pak Mat yang berumur 61 tahun mungkin dah 52 kali mendengar kuliah agama tentang isra mikraj (61-9 tahun main-main tak faham apa-apa = 52 tahun,setahun sekali dengar).Maknanya kalau penceramah sebut satu ayat dari ceramahnya, pak mat dah boleh sambung apa seterusnya yang akan diperkatakan oleh penceramahan. Biasalah tu,kalau dah hari-hari tengok cerita marimar, bukan boleh hafal skrip, bahasa filipina pun boleh fasih...emmphh..tapi Pak Najib di hujung putrajaya tak tau lah berapa kali dia dengar ceramah isra mikraj ni..hehehe

Lepas 27 rejab ada apa plak..ha, mesti korang wondering.tak pa bukan semua orang tahu jawapan pon.Lepas 27 rejab ada....kuliah tentang isra mikraj jugak.kalau ikut jadual aku sampai bulan syaaban orang tetap panggil minta kuliah untuk isra mikraj.kalau tak isra mikraj tak leh ker.kita buat peraturan.masuk syaaban kena cerita pasal menda lain plak.Mungkin tajuk paling sesuai ialah .. BERSIH,,.panas2

esok 1hb julai 2011 bersamaan 29 rejab 1432 aku akan menyampaikan ceramah pasal israk mikraj kali ke 10, atau 11 kali.paginya di SMK Sri Jempol.Malamnya di Masjid Bandar Kinrara.Mudah mudahan kata-kataku difahami (yafqahu qauli).Jadi sempena esok nak ceramah kali ke 10 ni, aku nak menulis lah sikit pasal isra mikraj ni.Ilmu tak dak, hanya ulang2 apa yang pernah diajar..kali ni aku nak dedicate ilmu ni pahalanya kepada ust zulkifli shaari.Abang ust kamal shaari. Dia banyak ajar aku masa time umur 13-16 tahun.Antaranya fathul qarib dan antaranya ilmu tentang isra mikraj ini yang di petik dari kitab tulisan sheikh Ali Al Syarawi kalu tak silap.Umur aku masa tu muda lagi. Dah lama sangat jadi tak berapa ingat.Lepas belajar dengan dia biasanya akulah yang kena jadi imam.Ketar kaki aku.

Bismillah (afdalnya sehingga habis)..saidina ali kata kalau aku diberi masa seumur hidup belum habis cerita pasal bismillah. Aku plak, kalau diberi masa satu jam, lelah nak cerita pasal bismillah.Tulah orang kata ilmu tu penting. Ali tu pintu Ilmu.Nabi Muhammad plak gudangnya.Aku nak jadi serpihan kayu pintu pon tak layak.Melalut dah

Allah mulakan ayat pertama dari surah isra dengan menyebut maha suci dia (Allah) yang mana...Subhanallazi..Kata guru aku diatas dulu macam ni."kalu la gamoknye, kita dengor ke orang sebut depan kita "sesungguhnya aku amat pandei "..mau maroh kita. sebabnya memang fiterah doh yang manusia ni dia tak beghape gemor orang muji ke diri sendiri"..loghat jantet la sikit.Betul dah tu..bila kita bukak TV3 kita tengok pak jib sebut "kami telah berjaya "..klik..kita tutup TV.sebab menyampah dia muji ke diri dia. Sedang ke dia tak kabor ape kita nyampoh.hahaha..Tapi bila Allah yang sebut bagi orang beriman dia akan amik perhatian. Apa benda Allah nak kabor. Mesti amat penting. Sebab tu Allah doktrin dalam akal pemikiran kita bahawa yang kat bercerita ni Allah yang maha suci, bukan orang kampung yang awok ngumpat dengan dia petang tadi. Allah yang maha suci dari sebarang lemah, aib, dan suci dari bersifat dengan sifat makhluk.Maknanya Allah Al kamil.

Jadi kita kena percaya menda yang diceritakan Allah ni walaupun tak masuk dek akal. Sebab yang nak cerita dia Allah.kalau lah makhluk cerita menda pelik-pelik mesti orang tak caya. Sebab kita seghupe jer dengan diorang.makan nasik, wat maksiat dan lain-lain. kadang-kadang kalau kita cerita menda yang masuk dek akal pon orang tak percaya . Contoh ada orang kata 'Najib baik, Bn akan menang lagi"..menda ni boleh diterima akal. Mungkin ada baiknya dia, dan mungkin dengan takdir akan menang lagi'..tapi orang tak percaya sebab kita semua rakyat malaysia sudah berpakat nak jatuhkan najib-bahagian ust zul tak kabor, koi menamboh.hahaha..

Tulah islam kena amik semua sekali, masuk akal atau tak masuk akal. Wahai orang beriman masuk islam keseluruhannya..jangan jadi macam setan. Kuat ibadah asalnya, disuruh sujud ke adam, tak mboh.guwone gaya. separuh nok ke islam separuh tak nak.jadi isra mikraj yang nak dikabor ni satu dari menda pelik yang berlaku dalam hidup rasulullah. Sebelum dari kita nak ceramah kepada orang yang dah sedia islam hari ni walau pangkah BN,Nabi dulu doh kabor ke orang di mekah. dan kerana peliknya peristiwa ini pada akal dan upaya manusia.ada yang dah beriman kembali kepada kufur.tapi nabi tetap ceritakan.Apa pengajarannya

1)islam ni bukan semua dengan akal tapi semua dengan nas.Apa Allah, dan Nabi ajar kena buat

2) walaupun pelik atau gharib pada masyarakat islam tetap perlu disampaikan..

wallahuaalam..setakat ni dulu..setakat subhanAllah

Tuesday 21 June 2011

Wahai Jiwa Yang Tenang Pulang kepada Tuhanmu


Assalamualaikum,

Tenang seringkali didefinisikan bersama dengan tempat yang sunyi, duduk berseorangan, persekitaran desa, dan pelbagai lagi pemikiran typical yang telah diturunkan zaman berzaman dalam kotak pemikiran manusia.Lantas, untuk mencari ketenangan manusia akan pergi jauh dari manusia yang lain, berseorangan, dan melupakan sebentar tabiie kebiasaannya iaitu bersosial.Ada juga yang pergi balik ke kampung, atau mencari tempat perkelahan yang lebih natural suasananya walaupun jaraknya jauh sekalipun, semata-mata kerana mahu ada rasa tenang menyerap dalam hati, akal, dan jasad mereka ketika itu.

Pencerahan dan Sabar

Sebulan ni aku ditimpa dengan macam-macam masalah yang berkaitan dengan kereta. Mula dengan enjin blow, dan terakhirnya accident depan dan belakang.Masa mula-mula dapat masalah ni, dalam hati ada 1001 perasaan yang aku tak tau nak cerita macam mana. Tambah lagi kena tipu dengan pomen (pomen ni dah bawak lari duit kawan aku RM2500, dan dia pon dah hilang). Soalan paling aku tak suka orang tanya masa tu pasal kereta "mana kete ko jan?, Bila nak test dengan kete aku ni, baru sampai ni.."..and so on la.

Bila dah hampir sebulan lebih bergelumang dengan masalah yang sama, aku dah jadi tak kesah. Pastu kereta pun ok dan aku boleh kembali memandu. Tapi tak macam biasa. Walaupun enjin besar, aku tak boleh bawak laju. Sebab blok dan piston baru, jadi kena running dulu. Masa ni aku dapat belajar tentang sabar dan tenang. Bila naik bukit saga BLM auto pun boleh pintas aku, seminggu yang dulu aku lalu jalan lama jelebu-hulu langat, motor kapcai pon steady jer bagi aku asap.Tapi apa boleh wat, dah memang kena bawak perlahan.Lama aku dalam perjalanan, tiba aku rasa tenang. matlamat aku satu jer "sampai tempat kuliah". Tak da matlamat sampingan "nak test berapa cepat boleh sampai", atau "nak main dengan wira GSR yang baru je blow aku kat dengan sekolah undang luak tadi"..Darah muda pon turun dan tenang, terus jalan, tak peduli ke orang lain (maksudnya pemandu yang lain), dan sampai. Badan pon tak rasa letih sangat, hati pon rasa seronok. Inilah tenang bila kita dapat buat apa yang perlu bukan apa yang kita nak.oh macam tu

Tenang dalam ramai

Perspektif biasanya mengatakan ramai tu serabut.Bila dah serabut selalu nak pergi bersunyi-sunyi duduk sorang-sorang. Bila duduk sorang-sorang datanglah syaitan. kata hadis "syaitan tu bersama dengan orang yang berseorangan dan dengan mereka yang berjemaah syaitan menjauh"..Ha, dah macam mana tu.Teringat kata imam Abu Laits As Samarkhandi dalam Tanbihul Ghafilin uzlah terbaik itu adalah jasad mereka tetap bersama ramai tetapi hatinya tetap kepada Allah. Jadi sebenar dalam ramai ada tenang. Kerana tenang itu dalam hati. Berqiamullail seorang diri belum tentu lebih tenang daripada solat berjemaah. Duduk di hutan belum tentu lebih tenang dari duduk di bandar.
"wahai jiwa tenang baliklah kepada tuhanmu"..

Agama yang menenangkan


Tahun 2002, lepas abah meninggal ada banyak menda baru yang tak pernah aku fikir sebelumnya aku kena fikirkan.Ladang, tanah, dan lain-lain yang selama ni aku wat tak tau.2003, sambung tingkatan dengan harapan kosong untuk ke universiti. Hanya kata-kata mama yang aku jadikan manual motivasi untuk aku terus belajar. Belajar lagi selama 2 tahun dalam kesempitan kewangan, dan banyaknya kerja sampingan. Akhirnya, aku jumpa sesuatu dalam surah Al Muzammil. Allah minta nabi bangkit dari pembaringan untuk berqiamullail dan membaca quran. Kerana apa?kerana Allah mahu berikan kepada nabi satu tanggungjawab yang berat iaitu islam.

Bila difikrkan semula masalah aku bukanlah apa-apa jika mahu dibandingkan dengan masalah agama ini. Lantas andai solat dan membaca Al Quran dapat memyelesaikan masalah yang paliung hebat ini apakan lagi dengan masalah kecil duniaku ini. Akhirnya, aku belajar berqiamullail dan beristiqamah dengan Al Quran. dan hidup kembali menjadi tenang. Solat tiang agama. Al quran adalah intipatinya. Hidup beragama memang menenangkan.Kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya samada dengan hikmah yang mudah dinampak atau yang tersembunyi untuk difikirkan. Fikit untuk taat. Baru 2 hari yang lepas aku diberitakan tentang perubahan seorang sahabat dalam urusan agamanya. dan aku merasa tenang mendengarnya. mendengar orang yang memilih jalan agama sudah cukup menenangkan hati dan mengukir senyuman apalagi andai sendiri yang mangamalkan.

"bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai mutiara
di lautan nurani

bahagia itu ada dijiwa
mahkota disinggahsana rasa
bahgia itu adalah suatu ketenangan"

"kecuali siapa yang mendatangai Allah dengan hati yang tenang"..

Monday 13 June 2011

Bangkit kembali

assalamualaikum



Azam satu
Akhirnya (belum mula dah akhir, memang melayu)perkara yang paliing aku takut semasa menceburi dunia blog ini terjadi. Dalam masa hampir sebulan aku tak sempat nak tulis apa-apa kat sini.Masa mula-mula nak menulis dulu, aku dah tanam azam. Pertama aku tak nak lupa usename dan password aku.Alhamdulillah,tadi aku berjaya bukak blog ni.Memanglah kan kalau tak dapat bukak macam mana aku nak tulis.betul tak..

Kadang-kadang manusia cakap menda dia tak perlu cakap (macam najib bersyukur dapat himpunkan pemuda pemudi dalam majlis maksiat di putrajaya, bersyukur katanya.artis pun selalu cakap gini bila menang award).Teruk lagi dari tu manusia ada yang bercakap menda dia tak tau (wahaajjajtum ma laisa lakum bihi ilm). Contohnya, bila utusan umno dan bodoh-bodoh diluar cuba bercakap mengenai negara kebajikan dan kepimpinan ulama. Sedangkan kepala otak mereka yang memusuhi Allah ini kelam dari mengenal ulama dan kebajikan rakyat, dan mereka juga tidak mengetahui sistem syura yang digunakan PAS.Bahkan, ada juga manusia bodoh yang sombong menutup telinga dengan jari mereka apabila didatangkan kebenaran.Alamak, kesitu plak..

Azam dua
Yang kedua aku berazam nak manulis satu entry sekurang-kurangnya dalam julat masa 2 hari. Mula-mula memang steady. Biasalah budak sekolah pakai baju baru,memang semangat buat kerja.Macam orang PAS mula-mula daftar ahli, macam student Universiti mula-mula terjun kepada masyarakat, atau macam ahli PAS masa baru kuar dengar ceramah. Amat bersemangat, kiranya ada putrajaya di depan mata masa tu. pasti akan ku ganyang.Bila berlalunya masa,.Akhirnya azam kedua ini lunyai dengan kewajipan lain, kesibukan yang dibuat2 sibuk, dan keterbatasan perhubungan internet (kalau henpon aku canggih ok gak).

Disiplin
Nizam arabnya.sama je ikut mana pon.tak dak disiplin habislah hidup ni.tak khawin la jawabnya.sebab duit habis dijoli. Kalau tak dak disiplin dikalangan ahli PAS maka,umno akan terus bermaharaja lawak(hahahaha..alif tendang mim, mim tendang nun, nun tendang wau, sarkas). maka lambatlah kemenangan. Disiplin amat luas bidangnya. Disiplin dalam menyampaikan maklumat, sebarannya,dan disiplin dalam menegur amat penting. samada teguran pimpinan kepada ahli atau sebaliknya.Disiplin dalam gerak kerja dan sebagainya amat penting (malam ni ada mesyuarat dewan ulama kena datang walaupon penat:disiplin). Teringat kata-kata saidina ali. kebenaran tanpa perancangan rapi (disiplin dalam melaksanakannya) akan dikalahkan oleh kebatilan terancang (dibina dengan disiplin). Sebuah pergerakan islam yang tidak ditunjangi disiplin akan menjadi kosong nilainya, hanyalah sebuah angan-angan yang mimpikan syurga datang tanpa usaha. seperti kata pepatah arab " innal safinah la yajri ala yabas" yang maknanya "kapal tak berlayar atas pasir"..bodohkan. susunlah berapa banyak dalil pon, aku sebenarnya telah gagal.

Bangkit

Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah"..kalu dah azam serah kat Allah.Hari mula aku menulis aku dah berazam. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah aku bangkit daripada kegagalan kecil ini.Orang yang kalah, orang yang tidak bangkit dari kegagalan. Kalau PAS mengalah lama dulu dalam siri PRU yang seudah berumur 13 kali tentnya hari ini aku dalam seorang guru biasa yang berkata "Assalamualaikum, dan salam satu malaysia", tanpa berasa thagut dan bidaahnya niat disebalik salam itu.Kata Ali "kalimatul haq uridu biha Albatil"..cakap menda elok tapi hajatnya kepada perkara yang batil.Namun, muslim yang hebat adalh yang menjadikan setiap hari yang penuh ujian ini untuk menjadi hebat kerana Allah.Dan hari ini aku bangkit semula menulis disini,dan minta maaf kepada beberapa kuliah yang terpaksa dibatalkan kerana semasa cuti itu, aku hanya ada masa 4 hari dengan ibuku.

sekian , Wallahua'alam..takbir!!!!!semangat baru

umat islam harus cemerlang
hariu ini lebih baik dari semalam

Wednesday 18 May 2011

kewajipan lebih banyak dari masa versi aku

salam



penat yang amat dalam masa seminggu ni.. Main bola tak lah penat sangat. Mengikut pengalaman aku menda paling memenatkan bila berembat dengan masa. kalau masa tu adalah sebuah perdana yang pakai enjin evo 3 boleh lagi nak berembat dengan dia pakai B20 aku. tapi kalau masa ni pakai enjin apa pun aku tak tau, punya la laju. Memang tak tekejar. kelajuan masa memang steady jer. Tak pernah meningkat pon. Pick up dia pon amcam tu jugak semenjak dari aku kecik lagi. Tapi aku tak pernah dapat kejar. Sentiasa aku ketinggalan

Dalam seminggu ni tak sempat nak tulis apa-apa dalam ruangan maya ini kerana aku sibuk baiki enjin dalaman aku sebab nak berembat dengan masa. Macam biasalah kalah lagi. Tapi kali ni dia tak menang besar sangat. Sebab pick up aku kurang (nak mula wat kerja malas sikit) tapi boleh kejar sikit bila dah panas. Kira long ada la.Masalah piston kot.Piston B16 pakai kat B20 macam ni la jadinya. yang penting tak kalah wang pertaruhan dengan masa. Sebab aku sikit lagi nak menang dalam 5% lagi.

Mean banyak gak kerja aku setel dalam seminggu ni..

1)Nota Kuliah jumaat (esok ) dah siap..siap dah wat beberapa rujukan..makluman kitab nipis dari ibn hajar alisti'dad li yaumil maad

2)Soalan sejarah peperiksaan tengah tahun dah siap bungkus ikut kelas dan hantar bilik peperiksaan

3) Esiment kursus induksi 14 muka.tak tau lah cukup ke tak 3000 patah perkataan

4)Ngafal beberapa muka ayat quran.aku target sehari semuka..tapi tak dapat la..otak aku dah bodo kerana hati banyak titik hitam. (kat sini la aku kalah)

5)pergi mesyuarat dewan ulama negeri sembilan dan usrah cawangan serta kawasan.

Apa pon aku nak ucap gak tahniah kat diri aku pasal aku tak kalah banyak sangat kat masa. suatu masa aku akan beat dia. macam mana aku beat ayam masa aku bangun tidur (aku bangun awal dari ayam ust luqman). aku lalu kat reban dia masa nak gi surau baru dia bangun. Pura-pura berkokok.Sudah la kau ayam. You are Loser. Ayam ni tak tau kot nabi penah pesan " jangan jadi lebih teruk dari ayam.dia dah berkokok, kau belum bangun pagi"..aw kama qal..aku pegang yang ni la..tak hingin aku jadi teruk dari ayam. time sibuk ni teringat kata kata Hasan Al Banna




"Al Wajibat kathirun Minal awqat"..Kewajipan (tugasan) lebih banyak dari masa.

Saturday 14 May 2011

Saya sayang guru saya

salam ,



awal wahyu allah ajarkan nabi tentang ilmu dalam firmannya "bacalah, dengan nama tuhanmu yang menciptakan"..awal- awal dah suruh membaca untuk bagitau ummat tentang peri pentingnya ilmu.hebat islam.ada tak mana2 agama yang minta umatnya belajar pada awal ajarannya. mana ada. ni ja satu islam agama disisi Allah.

Dua makhluk yang paling rapat dengan ilmu adalah cikgu dan murid.yang lain-lain ajk pibg, dan mak bapak yang datang sekolah setahun sekali masa solat hajat untuk PMR dan SPM. yang lain lagi menteri belagak tahu yang membuat dasar tapi tak pernah datang ke sekolah aku.

Tak lama dah. dalam beberapa jam ni. Satu golongan makhluk akan diraikan kerana apa yang ada padanya. Aku pon tak tau apa yang ada. Jasa?..ada ke.kalau ada tak lah mak bapak datang marah bila anak dia kena tangkap isap rokok kat sekolah. Pengetahuan?..ada ka?..kalau ada tak dak la cikgu sejarah yang bodoh cakap amerika ada nsatu parti politik jer (aku jumpa cikgu bodoh ni hujung tahun lepas)

Jadi kenapa dengan perayaan ini. Kalau jawab dengan sejarah kerana pada tarikh keramat yang akan datng esok itu bermulanya sistem pendidikan di Malaysia

(Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.- amacam pengetahuan aku.ceh goole ada beb)

kalau jawab dengan agama paling tepat. apa dia? Memang nabi suh hormat guru.hari-hari kena hormat. Tapi dak sekarng bukan kemain masa esok ni, gila2 "manjakan" cikgu. habis jer esok macam tak pernah mengajar la dibuatnya.

tahun ni temanmya ada perkataan tranformasi. Mahyuddin kata tak pernah dengar pemimpin negara lain sebut. jadi dia bangga.masuk bakul angkat sendiri. apa ada hal dnegan perangai macam ni. Biasa bagi UMNGOK. Yan g kena buat tranformasi tu bukan michael bay yang kena buat. Kalu dia buat ko kena bayar RM10 nak tengok kat wayang. tapi para guru kena buat. Guru lagi.Gaji ciput gak(nak kencing pon kena bayar la). Bila nak pilihanraya ni ada kot habuan sedikit rasuah untuk guru. Aku amik kalau ada tapi takkan undi kau,,akalau undi jadi rasuah.hahaha..ada kepentingan mean rasuah..weh, salah ke kata aku. gi la tengok syarah hadis rasyi wa murtasyi tu..jangan malas-malas belajar.nanti bodoh dan diperbodohkan . 2 kali bodoh.

-------Aku diutus sebagai guru-------rasulullah (selawat sikit)

-------Selamat HARI GURU----------(untuk guru -guru aku..malam ni topup, nak tepon ust syed, ust taj, ust anhar,cikgu berahim..banyak lagi ah yang menyumbang ke arah memanusiakan aku, ada gak yang tak pakai HP..yang tu aku doakan jer)

ni slah satu gambar guru aku yang aku dapat

ini lagi

ini lagi













p/s:aku tak tulis 16.5. pasal tu besday aku..heheh..m,alu aku nak tulis tarikh keramat aku tu..



Monday 9 May 2011

aku "muslim treveller"

salam perjalanan seorang makhluk


actually aku nak tulis hamba " salam perjalanan seorang hamba".tapi, bila bukak tafsir fatehah hamba adalah satu high class ranking of creature in Allah's view jadi aku rasa bukan aku lah tu..aku bukan lagi hamba. aku makhluk jer..kalau hamba tentu aku taat ikut semua islam.tapi sebab aku makhluk yang tak tau bersyukur kadang aku buat maksiat. jadi begitulah syarah tajuk hari ni..

sekrang ni musim pelajar wat praktikum atau sebahagiannya panggil praktikal, atau ada yang panggil latihan industri. biar ke lantak apa nama sekali pon, yang nyata dia adalah satu semester di mana mahasiswa akan berada di sekolah dan syarikat-syarikat untuk mengaplikasikan teori. jadi aku pon teringatlah masa zaman aku dulu (sheikh abdullah eid alqarni kata tak payah ingat sangat-la tahzan). tak palah nak ingat jugak.pasal ada pengajran yang boleh kita kongsi.

Pertama kali pratikal mini adalah ROS 1 (rancangan orientasi sekolah )di johor, kampong parit kasan, UMNO pekat.kali kedua ROS dua di SMK meradong, sarawak. Tempat iaban tak reti melayu.dan seterusnya praktikal di port dickson.

masa di parit kasan aku melihat satu menda yang aku masih ingat sampai sekarang, iaitu seorang imam yang terlalu tua, sehingga aku tak dapat menangkap butir sebutannya.maka, aku cadangkan kepada seorang cikgu disitu supaya penduduk mencari seorang imam yang baru.Tapi jawapannya, nanti akan berlaku pada masalah yang mengikuti imam tua ini. Nanti mereka tak mahu ke surau berjemaah. la macam tu pon ada ka.Gi surau sebab Allah ka sebab tok imam. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.

masa di meradong.alhamdulillah aku bersama dengan sahabat terbaik. Boleh dikatakan hampir setiap waktu berjemaah.namun, apabila ke sekolah, paradigmanya berubah. seorang murid yang paginya memberi salam kepada ku,petangnya aku temui minum arak di kedai mkan sebelah sekolah.Jarak masjid yang jauh memberi ku satu pengajaran tentang pentingnya kekuatan iman untuk beribadah.Aku tinggal di meradong namun, solat jumaatku di bintangor.kira-kira 40minit perjalanan kereta.Sebulan lebih aku disana,pengajran yang paling besar ialah, masih banyak gerak kerja islam perlu dilakukan disini (sarawak)

Kemudian port dickson.Pantai yang tak pernah sunyi dari manusia walaupun pada jam 3 pagi.Hotel yang terlalu banyak sesuai dengan namanya yang tersenarai sebagai tempat perlancongan. Namun, malang, kemajuan yang tidak didasari islam menyebabkan aku biasa melihat gadis muda berpakaian seksi menonggang arak secara terbuka di teluk kemang.Lelaki dan perempuan berpeluk atas banana boat itu pandangan biasa di port dickson tadbiran isa samad. Sepanjang aku disana dalam setahun, boleh aku katakan penguatkuasaan agama di port dickson menghampiri 0%. inilah nilai yang terpaksa dibayar apabila mencari keredhaan makhluk dalam kemurkaan Allah.

Yang baik-baik juga ada. contohnya di sarikei ada satu kedai yang mempunyai menu mee basah terbaik bagi aku.belum pernah aku jumpa di tempat lain, pasarnya besar, ikannya murah. mempelam muda kegemaranku ada banyak dijual disana.Buah asam kelubi yang aku rasakan semakin pupus, ada bnyak disana (siap bwak balik semenanjung).

Setahun di port dickson aku berkenalan dengan Ust dr. Zulkifli mohd albakri, dan akhirnya bertalaqqi dengannya di masjid negeri diseremban 3 kali seminggu kira-kira selama enam bulan lebih, satu tempoh yang amat indah diulami dengan kehujjahan beliau dlam fiqh (belajar fiqh manhaji, beliau anak murid kepada penulisnya shiekh mustafa khin), dan keindahan nuansa hikmah ibn ataillah dalam al hikam. tiap hari isnin pula akan bertemu beliau di masjid PD untuk menadah kitab bahjun nufus dan mustika hadis tulisan beliau sendiri.

Biasanya pelajar Universiti akan memilih untuk praktikal ditempat yang dekat dengan kampongnya. namun, hati aku memilih untuk berjauhan dari kampong semasa belajar sehinggalah saat ini. dan aku berasa tenang dengannya. diport dickson aku mulakan hidupku hanya dengan wang RM250. Sesaknya hanya allah yang tahu.laparnya masih teringat apabila aku kenyang pada hari ini.Meminjam motor dari seorang anak usrah (terima kasih fikri) untuk memudahkan urusanku. Namun, rupanya hikmah allah amat besar. Disana aku berkenalan dengan Al fadhil ust zul, berkawan dengan haji fizal, anak murid sheikh haji ahmad yang tawaduk, dapat memanjangkan ilmu yang bermanfaat insyaAllah dari satu rumah ke rumah yang lain, dan paling sabar aku kenal tuhan Arrazzaq.Allahu rabbuna. maka benar katamu..

Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi supaya mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka mendengar, sesungguhnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dada.[AL HAJJ Ayat : 46]

Sunday 8 May 2011

jadi kaya kerana Allah

salam,

semenjak sekolah, kerja kita asyik berlomba.tak sudah-sudah. Berlomba dipadang, berlomba nak dapat nombor satu dalam kelas. Fitrah berlumba mesti nak menang. tak dak manusia yang berlomba, tapi target nak kalah.

Ye ker tak dak.Jawabnya ada. berlomba dalam berbuat kebaikan.bila nak dengar imam iqamah,kaki masih lagi berlengah untuk masuk kedalam sof. kalau ada sof hadapan yang kosong, kita suruh orang lain yang memenuhkannya. Ketahuilah, ithar dalam ibadah adalah makruh.Dalam bab menderma, kita berikan baki daripada lebihan perbelanjaan penggunaan (ekonomi punya bahasa).Dalam berjamaah kita sering menyebut "tak pe orang dah buat"

Budaya mengundur kebelakang ini adalah satu budaya yang nampak biasa tetapi kesannya amat besar. Besar mana? besar sangat sehingga akan memberikan satu titik lemah pada islam. nabi kabor " kamu satu daripada sudut-sudut islam, jangan biarkan islam ditembusi dari sudut kamu"


Sebagai contoh, seorang muslim yang berfikiran "Emph, cukuplah apa yang ada, derma takat mana ada la". atau pon "buat apa nak kejar sangat dunia,cukuplah apa ada,zuhud sikit"..Ini adalah antara pemikiran kebelakangan yang terhasil daripada pemikiran islamika yang tidak tepat.Andainya ramai orang islam berfikiran begini maka mundur lah islam. Sedangkan nabi berkata "dunia ini ladang tempat bercucuk tanam bagi akhirat"..

Maka, setiap muslim perlu berlomba-lomba menjadi terbaik dalam setiap perkara ma'ruf diatas muka bumi. Menjadi terbaik dalam fardu ain dan fardu kifayahnya.Berlomba-lomba untuk kaya adalah harus dan menjadi sunat sekiranya diniatkan kerana Allah dalam bab bagi memudahkan muslim membantu muslim yang memerlukan atau memenangkan parti islam.

Terkenang peristiwa bagaimana umar dan abu bakar berlomba-lomba dalam memperbanyakkan sedekah. Teringat peristiwapara sahabt yang miskin begitu mencemburui sahabat yang kaya dalm bersedekah.Teringin juga untuk bersedekah sebagaimananya Usman dalam peperangan tabuk.

kekayaan yang dibina kerana Allah akan menaikkan izzatul islam (kehebatan islam). Saya secara peribadi mengenali beberapa peribadi muslim di negara ini yang kaya kerana Allah. Ternyata , mereka ini berjaya menyampaikan gambaran baik tentang islam yang lebih menyeluruh pada pandangan saya daripada muslim biasa yang hidup juga seperti biasa dan sumbangan yang juga biasa kerana mereka adalah muslim yang kaya, yang hidup seperti biasa tetapi menymbang kepada masyarakat dengan luar biasa.
jadi berlombalah menjadi muslim kaya . Realiti diluar banyak kerja tergendaala keran tiada pitih, duit, wang, dan fulus

Berenti bercakap pasal berlomba, berenti cakap pasal kaya, berenti cakap pasal jadi hamba terbaik..kerana yang lebih baik dari cakap ialah BUAT..

Saturday 7 May 2011

perjuangan yang sama


salam perjuangan islam,

Cawangan, kawasan, negeri, pusat, bancuh air, hidang air, tukang masak, tukang sponsor, tukang cakap, tukang ceramah, tukang jemput, tukang susun kerusi, tukang pandu, tukang makan, tukang takbir, tuakng gantung bendera, tukang buang bendera BN, tukang raih undi, tukang cula, tukang kira, tukang cetak, tukang mesyuarat, tukang derma, tukang kritik, tukang undi, tukang wakil rakyat, tukang gerakan islam peringkat mahasiswa, tukang fikir, tuakng blog, tukang menteri, tukang syura, tukang terang, tukang presiden, tukang mursyidul am

Ini semua orang jemaah islam selama mana mereka ikhlas.Mereka ini saling melengkapi unutk memenangkan islam. Jadi janganlah ada yang berasa lebih berbanding yang lainnya. Lain tempat, lain waqi' lain cara berjuangnya. Yang penting matlamatnya sama untuk menegakkan islam. Islam tertegak kerana infaq orang kaya dan doa orang miskin, jadi tiada lebihnya yang diatas dan dibawah.melainkan hanyalah dengan tingkat taqwa..

Cara berjuang dikampong, disekolah, dibandar, diinstitusi pengajian tentunya berlainan. jadi raikan setiap waqi dan pandangan. wallahualam

p/s" kebelakangan ini ada orang tanya aku pasal wahabi dan perlis..maaflah aku tiadak suka pada melabel ulama ini..

Friday 6 May 2011

ikhlas yang payah



assalamualaikum,

saja aku nak menulis petang ni sebagai satu tanda aku menyedari muraqabah Allah.

Syukur dan terima kasih kepada Allah yang belum pernah membiarkan walau sekejap aku merasa amat lapar, syukur juga kerana tak pernah membiarkan aku dalam keadaan amat kenyang.

Dialah tuhan yang memberikan rezeki dan tidak pula meminta diberikan rezeki. dan dia lah yang mempunyai perbendaharaan yang luas.Allah hebat. SubhanAllah.

Petang ni aku baru sampai ke Cheras, tempat aku berdiam sebelum memberikan kuliah subuh pada esok hari di kajang, dan beberapa perancanaan lain sekitar wangsa maju dan gombak.Dari Felda Palong sebelas, jempol negeri sembilan bersempadan dengan negeri pahang sebelah keratong muadzam ke kuala lumpur boleh tahan jauhnya dan jarak inilah yang aku telah tempuh sudah hampir setahun rasanya, atau lebih dari itu. Mula-mula dulu memang terasa jauh, tapi sekarang sudah biasa. Kata hadis melayu " alah bisa tegal biasa". Namun, kepenatan masih terasa.

Dalam melalui jalan berlobang bandar baru serting,jalan berliku di kuala pilah, jalan besar hiway lekas , serta kesibukan traffik (jam) di hadapan leisure mall,dan kadang disaman parti komponen PDRM bahagian taffik kerana mengejar jadual ceramah, hati yang dibaluti iman senipis kulit bawang ini di tembusi oleh panah-panah syaitan. Maka, terkeluar keluahan (manusia dicipta dengan keluh kesah -al ma'arij). Mudahnya syaitan mempermainkan iman. jarak dan letih sudah cukup untuk memberikan goncangan dahsyat hingga mengeringkan kolam ikhlas dan mempersoalkan rezeki tuhan.

"penatnya, ngajar boleh seratus.kena saman laju makan ke tiga ratus, boleh kurang pon takat seratus setengah"

"penatnya, ceramah seratus, minyak tujuh puluh, tol sepuluh,makan minum, defisit jugak"

Inilah manusia dalam berjuang sebagai hamba Allah. kata inteam " bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba"..yep, payah..tapi aku yakin, yang payah inilah yang Allah suka. Setiap masa berjuang, menentang nafsu yang mengajak kepda keburukan, dan syaitan yang membisik. jangan sesekali mengalah. Bila terdetik segerakan istighfar. jangan biarkan syaitan bertepuk tangan kemenangan.ingatlah Istighfar kita setelah kita melakukan maksiat adalah satu tanda ketaatan (al hikam ibn ataillah). syaitan akan menangis dengan istighfar kita.

dunia yang sering menggoncangkan iman ini hanyalah sementara, sedang akhirat yang kita imani kewujudannya adalah lebih baik dan kekal selamanya (al 'ala). jadi bodohlah kita mengeluh kerana kehilangan suatu perkara yang tidak berharga (hadis dunia bagaikan sayap nyamuk). Kata guru kita, apa yang kita mahu bukanlah sekadar sifat rahman di dunia, tetapi kita amat mendambakan sifat rahimnya di dunia dan akhirat (pengajian tafsir lafaz basmalah oleh ust said masdar, semasa aku berusia 13 tahun ).Sepatutnya yang patut kita keluh kesahkan ialah apabila kita jauh dari Allah apabila Allah uji dengan kehilangan dunia.

Hayatilah kata ibrahim adham tatkala kita diuji dengan dunia " ya dunya, ghurri ghairi"..wahai dunia, nak tipu, tipulah orang lain" (pengajian fathul qarib dengan ustaz zulkifli syaari).

Persoalaannya, bagaimana ingin mengelak tipu daya dunia.jawapannya hanya satu. Attaqwa. Taqwa yang tak dapat dilihat dan disentuh ini sering menjadi penyelesaian dalam masalh kehidupan mukmin. kerana itu yang paling mulia yang paling bertaqwa (al hujurat).Kata saidina Umar " Attaqwa hanuka" sambil menepuk dadanya. ya taqwa itu didalam hati seorang mukmin. Hati bertaqwa akan dapat mengenal perkara yang berharga dan yang tidak.Hati yang bertaqwa akan beristighfar setelah melakukan maksiat. Kata seorang sahabat nabi mafhumnya, taqwa itu umpama kita berjalan di suatu lorong yang beronak duri.tentu kita akan melaluinya dengan penuh hati-hati.

jadi berhati-hatilah dalam melalui lorong kehidupan ini. jangan tersalah langkah. andai terjatuh bangkit kembali, andai terpesong balik ke landasan yang betul.Jangan takut hilang dunia..




P/s: dengan taqwa kita akan dapat mengalahkan BN.takbir!!!!









Thursday 5 May 2011

semalam bersama bob loqman

salam perjuangan islam,


semalam aku sempat bersama bob loqman selepas mesyuarat dewan ulama jempol. katanya :-


hari ini hari paling tenang dalam hidup saya, saya kuar pagi balik pagi kerana Allah taala.Setiap juamaat kita diingatkan dengan " bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar taqwa"..tapi hari ini orang lebih takut kepada pemimpin daripada kepada Allah, kerana tiada takut maka orang akan mengambil rasuah semasa pilihanraya walaupun sepuluh ringgit.Mereka inilah orang yang mensia-siakan suara khatib semasa khutbah. Pada masa sekarang ittaqullah yang dipesan semasa solat jumaat terjemahannya adalah dalam pesan khutbah tentang buah-buahan tenpatan, dan pernah juga tentang kurangkan pengambilan gula.

Adam dulu makan buah dikeluarkan dari syurga, kita makan rasuah akankah kita ke syurga? adam bertaubat 40 puluh tahun kerana kesalahannya, kita tidak pernah bertaubat walau sekali.Dimanakah kita nanti?

takut itu ada 3 (kitab ihya)
1)takut kepada neraka -maka tinggalkan maksiat
2)takut tak masuk syurga- maka perbanyakkan amal soleh
3)takut tak dapat cinta Allah- maka muraqabah dengan Allah

tapi hari ini yang terjadi adalah
"takut kepada mati dan amat cintakan dunia"-al wahan
Kerana pemerintah telah mendodoi rakyat dengan pendidikan material dan dahriyah selama ini.

siapa yang pernah berkata kepada anaknya saat mengahntar mereka ke sekolah " kamu belajarlah kerana Allah"
Doktor mana yang bertanya kepada pesakitnya " kamu dah solat belum, mari saya tayamumkan"
Guru mana yang pernah mengajarkan " atom air itu terdiri dari oksigen dan hidrogen, subhanallah"

tiada nilai taqwa dalam kehidupan kita.-dari hati anak cucu tuan gutu tok kenali al kelantani, mohd hakim lokman












the last samurai beng hock- mampuh keras



'Beng Hock bunuh diri mahu mati secara mulia'-berita hairan

tak dak salam untuk berita hairan

sekali aku baca tajuk ni , macam bunyi dah selesai masalah kematian beng hock di bangunan SPRM. Rupanya masih dalam prosiding. Berita harian ko boleh tulis telus2 tak..memang celaka..

betul la kata Allah mafhumnya " wahai orang beriman kalau dapat berita dari orang fasiq maka selidik dulu, takut nanti ko akan memberi musibah kepada suatu kaum (jerana berita itu0 dan kemudiannya membawa penyesalan"-Al hujurat

ingatkan dah ada satu harakiri cara baru tadi..apa plak cerita Arwah Sharbini..Nama dia macam nama ulama penulis mughni khatib syarbini..


Wednesday 4 May 2011

kata eskay lagi-ambil dari tranungkite

"KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini, lapor Tv Selangor.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercengang dengan kenyataan beliau."


inikah eskat..sudah bersunatkah..dia masuk masjid bersumpah


Siapakah Eskay? - dari milosuam

1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali ke Hotel Armada PJ sekiranya ingin menjalankan aktiviti seksual.

6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang.

7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.


cerita rancangan bursa malaysia

kata utusan meloya

KUALA LUMPUR 4 Mei — Bursa Malaysia Bhd. menjangka melancarkan indeks kemampanan tahun depan bagi menggalakkan lagi agenda kemampanan bagi korporat Malaysia, kata Ketua Pegawai Kawal Selianya Selvarany Rasiah.

Beliau berkata, bursa ketika ini sedang mengerjakan butir-butir terperinci indeks tersebut dan menjangka mengumumkannya pada tahun ini.

"Indeks itu akan mempunyai semua syarikat yang memenuhi kriteria penapisan.

Kriteria itu termasuklah alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat," kata Selvarany di Persidangan Pengarah Korporat 2011, di sini, hari ini.

Menyampaikan kertas kerja mengenai Agenda Kemampanan bagi Korporat Malaysia, beliau berkata indeks itu akan menjadi pemangkin bagi memacu lebih banyak dana Pelaburan Tanggungjawab Sosial (SRI) ke Malaysia.

Selvarany berkata, Bursa Malaysia melancarkan program kemampanan perniagaannya tahun lepas bagi memacu integrasi amalan mampan yang lebih tinggi di kalangan syarikat tersenarai Malaysia.

Beliau berkata, kemampanan merupakan satu daripada tiga tunggak dalam Model Baharu Ekonomi dan amat penting bagi syarikat tempatan untuk menyerap elemen kemampanan ke dalam strategi perniagaan mereka.

Kebanyakan syarikat Malaysia telah dan sedang melaksanakan aktiviti kemampanan, sama ada menerusi memenuhi keperluan pematuhan, menawarkan diri secara suka rela bagi bantuan kemanusiaan dan menyumbang wang, katanya.

Bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang bagi syarikat Malaysia untuk menambah baik amalan kemampanan mereka, katanya.

—Bernama

ulasan awal saya,

1)mampan bermaksud mengekalkan prestasi yang baik (kamus dewan 2007),dalam bahasa orang atas angin sustainable. Jadi indeks kemampanan mungkin adalah untuk menerangkan keupayaan suatu syarikat mengekalkan prestasinya dalam 1 tahun.

1)integrasi amalan mampan = apakah sebenar maksudnya,tak diterang dlam berita utusan meloya kepada rakayat.tidak pandai melapor berita atau belum dilaporkan.jadi mungkin ini adalah kesatupaduan amalan mengekalkan prestasi yang baik.nak satu padu macma mana tak tau la.

3)Kebanyakan syarikat Malaysia telah dan sedang melaksanakan aktiviti kemampanan, sama ada menerusi memenuhi keperluan pematuhan, menawarkan diri secara suka rela bagi bantuan kemanusiaan dan menyumbang wang, katanya. = dah macam nak wat charity,apa kaitan dengan mampan


Tuesday 3 May 2011

osama sudah mati..amerika,israel,malaysia,BN, PAS..apa cerita

salam al qaeda (sempena berita kematian osama)


dia ni dah banyak kali mati dan hidup balik.orang tua-tua ada cerita pasal mayat hidup balik.macam hantu la maknanya.emm,,apa pon amerika dah wat pesta, dan negara islam malaysia dah menyatakan gembira atas kematian osama.Malaysia berharap kematian akan membawa keamanan sejagat.pirah..lagi ada BN tak aman la malaysia.

gambar pulak masih dipertikai.para pengguna adobe dan software yang sebanding dengannya pada peringkat amatur atau pro mempersoalkan gambar yang ditayang media.para ulama mempersoal kenapa amerika jadi wahabi buang mayat dalam laut untuk mengelak pemujaan, amerika plak dah ikut wahabi tapi kata kematian osaama tak bawak kesan kepada terrorisme (buat apa susah2 nak bunuh), israel plak kata mereka pon nak wat macam amerika "datang negara orang,bunuh orang yang dia kata pengganas,n tak bagitau negara orang itu"

satu jer aku nampak.Amerika nak tutup cerita osama.Penat dah diorang main sandiwara ni.banyak dah minyak afghan dalam stok penampan diorang.jadi, after years, time to be a hero.kuar berita osama mati..edit la kot..negara sekutu plak (ada kaitan dengan apco kot)puji amerika untuk menempakkan kebersamaan dengan kerajaan thogut dan menunjukkan so0kongan sebagai tentera dajjal..surat kabar negara-negara penyokong agenda dajjal ni kuar berita osama mati sampai 2 hari (lega jap bab mubahalah tak sah dato eskay, tak muak aku baca pasal kes DSAI)..macam-macam atas dunia yang makin rosak

BN da rejim plak amik kesempatan atas kekalutan maklumat ni suh berita hairan dan utusan meloya tulih berita PAS kena amik iktibar peristiwa HAMAS dan fatah.Katanya depa dah bersatu..patutnya BN yang kena amik iktibar .HAMAS kerajaan yang disokong rakyat palestin, fatah parti terdesak sokongan israel,jadi kerana terdesak mereka ingin bersatu dengan HAMAS. Sama di Malaysia, BN kerajaan tak sah (tipu masa PRU),jadi sekarang sokongan rakyat dah berubah, BN terdeasak.patut BN tinggalkan politik bangsa kolot,dan masuk ke dalam PAS.Bawak islam..tinggal semua jawatan!!!!


ada komen???


Monday 2 May 2011

cerita bohong dari sabah



emm..tak dak salam untuk cerita bohong.

4 hari aku kat sabah aku baca surat kabar borneo post.
buka muka satu ..oooo...kerajaan
buka muka dua...oooo...kerajaan
buka muka tiga...oooo..kerajaan

mana cerita PR...ooo ini surat kabar kerajaan

bukak muka belakang.arsenal kalahkan MU (padan muka).1-0.tapi aku wondering dalam hati.betul ker citer ni?..bukan apa ni kan surat kabar kerajaan.najib kan suka MU..betul ker laporan ni..kawan aku kata betul..ooo..ada gak yang betul..

macam tak caya jer aku.hehe..sampai ke sabah ada surat kabar pemboihong..celaka..

ada komen??

sabah bah

salam, baru balik dari sabah..pusing-pusing samapai ker sempadan ranau.pergh penat..tapi best..

aku berdiam di kota belud desa orang bajau yang masih ada kuda.sejam ke kota kinabalu, 2 jam ke kundasang, sejam setengah ke kudat.memang startegik.Lebuh kurang 6-8 jam ke sandakan, dan tawau. Ini lain kiralah.

sabah besar macam semenanjung.penat nak gi semua daerah.setiap daerah ada perwatakan yang berbeza.dalam daerah yang sama pun ada banyak beza.jarak tak jauh dalam 5-10km ceritanya akan berbeza.Kota kinabalu nampak kaya.Tapi inanam walaupun dalam kota kinabalu dan jaraknya tak jauh nampak miskin.Rumah menteri memang besar gila.Rumah rakyat yang roboh pon ada.tu negeri paling miskin di Malaysia.

rehat dulu.wassalam



















ada komen??