sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 18 May 2011

kewajipan lebih banyak dari masa versi aku

salam



penat yang amat dalam masa seminggu ni.. Main bola tak lah penat sangat. Mengikut pengalaman aku menda paling memenatkan bila berembat dengan masa. kalau masa tu adalah sebuah perdana yang pakai enjin evo 3 boleh lagi nak berembat dengan dia pakai B20 aku. tapi kalau masa ni pakai enjin apa pun aku tak tau, punya la laju. Memang tak tekejar. kelajuan masa memang steady jer. Tak pernah meningkat pon. Pick up dia pon amcam tu jugak semenjak dari aku kecik lagi. Tapi aku tak pernah dapat kejar. Sentiasa aku ketinggalan

Dalam seminggu ni tak sempat nak tulis apa-apa dalam ruangan maya ini kerana aku sibuk baiki enjin dalaman aku sebab nak berembat dengan masa. Macam biasalah kalah lagi. Tapi kali ni dia tak menang besar sangat. Sebab pick up aku kurang (nak mula wat kerja malas sikit) tapi boleh kejar sikit bila dah panas. Kira long ada la.Masalah piston kot.Piston B16 pakai kat B20 macam ni la jadinya. yang penting tak kalah wang pertaruhan dengan masa. Sebab aku sikit lagi nak menang dalam 5% lagi.

Mean banyak gak kerja aku setel dalam seminggu ni..

1)Nota Kuliah jumaat (esok ) dah siap..siap dah wat beberapa rujukan..makluman kitab nipis dari ibn hajar alisti'dad li yaumil maad

2)Soalan sejarah peperiksaan tengah tahun dah siap bungkus ikut kelas dan hantar bilik peperiksaan

3) Esiment kursus induksi 14 muka.tak tau lah cukup ke tak 3000 patah perkataan

4)Ngafal beberapa muka ayat quran.aku target sehari semuka..tapi tak dapat la..otak aku dah bodo kerana hati banyak titik hitam. (kat sini la aku kalah)

5)pergi mesyuarat dewan ulama negeri sembilan dan usrah cawangan serta kawasan.

Apa pon aku nak ucap gak tahniah kat diri aku pasal aku tak kalah banyak sangat kat masa. suatu masa aku akan beat dia. macam mana aku beat ayam masa aku bangun tidur (aku bangun awal dari ayam ust luqman). aku lalu kat reban dia masa nak gi surau baru dia bangun. Pura-pura berkokok.Sudah la kau ayam. You are Loser. Ayam ni tak tau kot nabi penah pesan " jangan jadi lebih teruk dari ayam.dia dah berkokok, kau belum bangun pagi"..aw kama qal..aku pegang yang ni la..tak hingin aku jadi teruk dari ayam. time sibuk ni teringat kata kata Hasan Al Banna




"Al Wajibat kathirun Minal awqat"..Kewajipan (tugasan) lebih banyak dari masa.

1 comment:

  1. Betul.. Kewajipan adalah melebihi masa yang kita ada. Berasa hairanlah wahai diri, bila kamu rasakan diri kamu bersenang-senang dalam hidup ini. Ustaz Nidzam Kadir pernah menyebutkan, orang yang beriman akan merasakan masa 24 jam itu tidak akan pernah cukup. Wallahua'alam..

    ReplyDelete