sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 6 May 2011

ikhlas yang payah



assalamualaikum,

saja aku nak menulis petang ni sebagai satu tanda aku menyedari muraqabah Allah.

Syukur dan terima kasih kepada Allah yang belum pernah membiarkan walau sekejap aku merasa amat lapar, syukur juga kerana tak pernah membiarkan aku dalam keadaan amat kenyang.

Dialah tuhan yang memberikan rezeki dan tidak pula meminta diberikan rezeki. dan dia lah yang mempunyai perbendaharaan yang luas.Allah hebat. SubhanAllah.

Petang ni aku baru sampai ke Cheras, tempat aku berdiam sebelum memberikan kuliah subuh pada esok hari di kajang, dan beberapa perancanaan lain sekitar wangsa maju dan gombak.Dari Felda Palong sebelas, jempol negeri sembilan bersempadan dengan negeri pahang sebelah keratong muadzam ke kuala lumpur boleh tahan jauhnya dan jarak inilah yang aku telah tempuh sudah hampir setahun rasanya, atau lebih dari itu. Mula-mula dulu memang terasa jauh, tapi sekarang sudah biasa. Kata hadis melayu " alah bisa tegal biasa". Namun, kepenatan masih terasa.

Dalam melalui jalan berlobang bandar baru serting,jalan berliku di kuala pilah, jalan besar hiway lekas , serta kesibukan traffik (jam) di hadapan leisure mall,dan kadang disaman parti komponen PDRM bahagian taffik kerana mengejar jadual ceramah, hati yang dibaluti iman senipis kulit bawang ini di tembusi oleh panah-panah syaitan. Maka, terkeluar keluahan (manusia dicipta dengan keluh kesah -al ma'arij). Mudahnya syaitan mempermainkan iman. jarak dan letih sudah cukup untuk memberikan goncangan dahsyat hingga mengeringkan kolam ikhlas dan mempersoalkan rezeki tuhan.

"penatnya, ngajar boleh seratus.kena saman laju makan ke tiga ratus, boleh kurang pon takat seratus setengah"

"penatnya, ceramah seratus, minyak tujuh puluh, tol sepuluh,makan minum, defisit jugak"

Inilah manusia dalam berjuang sebagai hamba Allah. kata inteam " bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba"..yep, payah..tapi aku yakin, yang payah inilah yang Allah suka. Setiap masa berjuang, menentang nafsu yang mengajak kepda keburukan, dan syaitan yang membisik. jangan sesekali mengalah. Bila terdetik segerakan istighfar. jangan biarkan syaitan bertepuk tangan kemenangan.ingatlah Istighfar kita setelah kita melakukan maksiat adalah satu tanda ketaatan (al hikam ibn ataillah). syaitan akan menangis dengan istighfar kita.

dunia yang sering menggoncangkan iman ini hanyalah sementara, sedang akhirat yang kita imani kewujudannya adalah lebih baik dan kekal selamanya (al 'ala). jadi bodohlah kita mengeluh kerana kehilangan suatu perkara yang tidak berharga (hadis dunia bagaikan sayap nyamuk). Kata guru kita, apa yang kita mahu bukanlah sekadar sifat rahman di dunia, tetapi kita amat mendambakan sifat rahimnya di dunia dan akhirat (pengajian tafsir lafaz basmalah oleh ust said masdar, semasa aku berusia 13 tahun ).Sepatutnya yang patut kita keluh kesahkan ialah apabila kita jauh dari Allah apabila Allah uji dengan kehilangan dunia.

Hayatilah kata ibrahim adham tatkala kita diuji dengan dunia " ya dunya, ghurri ghairi"..wahai dunia, nak tipu, tipulah orang lain" (pengajian fathul qarib dengan ustaz zulkifli syaari).

Persoalaannya, bagaimana ingin mengelak tipu daya dunia.jawapannya hanya satu. Attaqwa. Taqwa yang tak dapat dilihat dan disentuh ini sering menjadi penyelesaian dalam masalh kehidupan mukmin. kerana itu yang paling mulia yang paling bertaqwa (al hujurat).Kata saidina Umar " Attaqwa hanuka" sambil menepuk dadanya. ya taqwa itu didalam hati seorang mukmin. Hati bertaqwa akan dapat mengenal perkara yang berharga dan yang tidak.Hati yang bertaqwa akan beristighfar setelah melakukan maksiat. Kata seorang sahabat nabi mafhumnya, taqwa itu umpama kita berjalan di suatu lorong yang beronak duri.tentu kita akan melaluinya dengan penuh hati-hati.

jadi berhati-hatilah dalam melalui lorong kehidupan ini. jangan tersalah langkah. andai terjatuh bangkit kembali, andai terpesong balik ke landasan yang betul.Jangan takut hilang dunia..




P/s: dengan taqwa kita akan dapat mengalahkan BN.takbir!!!!









1 comment:

  1. Tetiba je rasa 'suka' dengan post ini.. penggunaan ayat yang menenangkan..

    ReplyDelete