salam dari kampong,
semalam aku bersama mereka diatas ini.Sampai berembun berbincang tentang kawan - kawan mereka. Kawan mereka yang telah lama ditipu hak tanah mereka. Dalam sistem fuedal ala felda yang menjadikan seorang warga felda terus menjadi hamba mukatib. Bezanya dalam islam hamba mukatib dibenarkan untuk membebaskan diri. tapi dalam sistem felda ini hamba mukatib adalah hamba selamanya..lepas bayar semua hutang mereka akan berhutang lagi dalam sistem penanaman semula
Mereka Setia
Tapi mereka masih setia, setiap kali pilihanraya mereka akan terus mengundi mana-mana pemimpin yang menaburkan ringgit dan janji. Selepas pilihanraya hidup mereka seperti biasa. Rutin yang sama. Pagi ke ladang , petang ke kedai kopi, malam sambung lagi, esok ulang semula..tunggu lagi pilihanraya dan pemimpin 4 tahun sekali. Akhir-akhir ni ada satu badan dengan akronimnya ANAK yang nampak amik berat akan nasib mereka. Tapi mereka masih lagi belum percaya walau ANAK sudah menang dalam banyak kes menentang BAPAKnya.bagi mereka ini semua politik punya hal, dalam kawasan kami tiada tempat untuk pembangkang.
Pembangkang tak dak wang. Pembangkang bangkang tapi bawak motor atas jalan kerajaan. Pembangkang tak buat jalan.kalau kami undi pembangkang , pembangkang akan jagi kerajaan tanpa wang,boleh buat apa kalau tak dak wang, pembangkang tau bangkang tapi bukan pembangkang bawa kemerdekaan.bukan pembangkang bawa kami masuk felda.felda jasa kerajaan kami hutang budi sampai kami mati.
ini pemikiran mereka. perlu kepada penerangan. tapi jalannya mcam mana. berembun berbincang, belum ada jawapan apa cara untuk bagitau mereka, setiap kerajaan akan ada hasilnya, dan jalan raya itu memang kerja kerajaan, merdeka itu hasil kerja awal orang agama. Bagaimana mahu mengetuk pintu-pintu hati ini. Wallahu'alam..
teringat aku pada syair arab lama "yusamma alqalba bi qalbin liannaha mutaqallab "..di namakan hati dengan hati kerana dia berbolak balik. Ya Allah condongkan mereka kepada agamaMu.
orang felda juga kata " TV3 bukan kerajaan punya"..apa cerita?
Bukan ayah saya....
ReplyDelete