Sheikh Dr.yusuf qardawi dalam kitab " harakah islamiyah satu tuntutan" menggariskan beberapa kewajipan penubuhan harakah islamiyah dan berintima' dengannya. Antaranya beliau mendatangkan satu kaedah fiqh yang berbunyi " la yutimmul wajib illa bihi fahuwal wajib" yang mana maknanya " tidak akan sempurna sesuatu melainkan dengan nya, maka perkara itu adalah wajib"..
Dari kaedah fiqh ini, ulama menetapakan bahawa adanya sebuah pergerakan yang membawa islam ini adalah sati kewajipan kerana menubuhkan sebuah daulah yang beramal dengan islam. Daulah islamiyah. Adalah menjadi fardhu kifayah kepada satu masyarakat untuk ada satu golongan yang membawa islam, bahkan kewajipan kepada orang yang tahu (saya tiak menggunakn terma " alim" kerana masyarakat negara kita akan mengarahkan terma ni sepenuhnya kepada ulama)untuk menegakkan islam.
Kerana kewajipan ini, maka kita melihat ulama-ulama seperti Hassan al banna akhirnya menemui syahid ditembak dan Syed Qutb syahid ditali gantung dalam perjuangan mereka. Sebelum daripada itu, sudah ramai yang syahid. Maka teringat aku pada kata -kata Allah yang agong
" dikalangan orang mukmin itu ada yang telah yang menepati apa yang telah dijanjikan oleh tuhan mereka, maka ada dikalangan mereka yang telah gugur, dan ada yang menunggu, dan mereka tidak akan sesekali mengubah janji-Al Ahzab 23"
Perjuangan islam ini bukanlah kerana minat dan mampu.Mereka yang mempunyai al fahm (rukun baiah pertama: Hasan Al Banna) akan terus berjuang walaupon "tiada" minat. Minat atau rughbah akan hilang sekiranya tiada kefahaman akan wajibnya menintima'kan diri dalam islam. Kerana minat adalah perkara yang didasari oleh nafsu (baca : interest supaya lebih faham ). Jarang sekali sesuatu yang berteraskan kehendak atau kesukaan akan berkekalan dalam hidup kita. sebagai contoh, seseoarang yang suka kepada seorang perempuan, apabila perempauan itu sudah berkhawin , maka hilang sukanya.Sekiranya mampu yang dijadikan untuk meneruskan perjuangan ini, maka, berapa ramaikah yang sanggup bersusah payah sehingga terpulau, terpenjara, dan dibunuh dalam perjuangan ini - al anfal 30. Tentulah ramai yang mengundur diri.
Manakala, faham adalah perkara yang di dasari oleh keimanan. Hanya keimanan yang mendalam akan mendatangkan faham. Kata Nabi
iman bukanlah dengan angan-angan atau omong kosong, tapi perkara yang terhunjam di dalam hati dan dibukti dengan perbuatan
Minat atau tidak minat, seseorang islam mesti bergerak menegakkan islam. Dan tentunya dengan kaedah yang pelbagai mengikut kemampuan masing-masing.Tetapi sungguh jahil apabila seorang yang sepatutnya berada dihadapan (para ulama khususnya dan ahli yang dididik oleh gerakan islam) berada di belakang, dan amat malang pula kepada islam sekiranya yang sepatutnya berada dibelakang (orang jahil, dan tidak berkemampuan ) yang memimpin dihadapan.
Bila aku lemah dan tersepit sering aku ingatkan diriku dengan firman Allah ini
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagi mu, jika kamu Mengetahui"-At Taubah 41
Aku berjuang kerana Mu, bukan kerana aku minat atau aku mampu
No comments:
Post a Comment