sila derma


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 16 April 2011

Naik Bus, Naik Motor, Naik Kereta






Suatu Hari sahabat bernama sufian bin Abdullah bertanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulallah, beritahu aku suatu perkara tentang islam yang menerangkan islam secara meyeluruh, dan aku tak perlu lagi tanya orang lain selepas engkau beritahu tentangnya", maka jawab rasulullah " qul amantu billahi thuma istaqim ,katakan aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah"

Allah berfirman di dalam Al Quran daripada surah Al Ankabut
"adakah kamu menyangka kamu akan dibiarkan setelah kamu mengatakann kamu beriman, sedang kamu tidak diuji, sesungguhnya kami telah menguji golongan sebelum kamu, dan daripada ujian itu, tahulah Allah siapakah yang sebenarnya membenarkannya, dan siapakah pula pendusta"


Semalam apabila diumumkan keputusan pilihanraya sarawak aku masih bersama dengan jemaah madrasah cheras perdana menikmati nasi goreng kampong dan milo kosong (say no to sugar, and milk) selepas kuliah maghrib. Balik Cheras Perdana aku menulis sesuatu di blog ini, dan selepas itu aku mendapat panggilan daripada rakan juang dari negeri sembilan yang ingin bercakap tentang keputusan pilihanraya

katanya 
"payah serawak ini, buatlah mcam mana pon, lambat lagi kita nak menang"
"set dayak (saya memahamkan semua pribumi) dapat duit sikit dah cair, buang duit gi sana"

Kemudian aku teringat kata-kata daripada pakcik usop, pengerusi tetap pas kawasan jempol semenjak tahun 1980
"dari rambut hitam sampai beruban islam belum menang saya masih berjuang, dari naik yamaha YB (bonceng orang ni dari palong 4, berhampiran gemas) ke taman melewar, sampai naik kia sentra,islam belum menang , saya akan terus berjuang".....pak usop sudah sakit-sakit, syafahullah.

Istiqamah yang disebut senagai lebih baik dari 1000 karamah ini adalah kunci penting dalam perjuangan islam, sememangnya telah menjadi lumrah bahawa kemengan itu adalah selepas bersusah payah dalam menerjang badai.Sepanjang 53 tahun PAS mewarnai politik malaysia ada 2 kali pas mendapat kemenangan yang besar jumlah kerusinya iaitu pada tahun 1998 dan 2008..Hanya 2 kali selepas puluhan tahun turun naik dalam persada politik malaysia yang semakinm bergelora dengan fitnah ini.

Umpama peristiwa isra dan mikraj, setiap kali pilihanraya, seolah-olah Allah menapis barisan pejuang sebenar dan mengeluarkan beberapa mereka yang tidak benar.Kemudian Allah menambahkan beberapa pejuang baru yang terbit dari ledakan hidayah Allah.Maka, ada dikalangan kita yang kekal , dan ada yang gugur (mutasaqit).Apabila kita diuji oleh Allah semalam dengan kemenangan yang sedikit (yang kalah dalam PRU sarawak adalah BN ), ada dikalangan ahli pejuang yang terusik jiwanya dan berkeluh kesah (ini sifat manusia dalam surah Al Maarij ). Maka, dalam keadaan ini al fahmu (kefahaman ) tentang sunnah perjuangan ( jauh dan beronak duri: attaubah ) dan istiqamah lah yang sesuai menjadi penguat diri. Perjuangan yang ditunjangi oleh kefahaman adalah lebih mantap daripada perjuangan yang ditunjangi semangat dan isu.Mereka yang faham akan kewajipan untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim akan terus berjuang walau kalah atau menang.

Allah berfirman " sembahlah Allah sehingga saat kematian". Antara aspek penyembahan dalam islam adalah dengan duduk di dalam medan perjuangan. ketika rasulullah ditanya tentang amalan yang afdal di dalam islam, rasulullah meletakkan tentang tiga amalan, iaitu, solat pada waktunya, berbuat baik pada ibu bapa, dan berjihad di jalan Allah. Jadi , mereka yang faham akan terus berjuang untuk menegakkan islam sehingga akhir hayat mereka, dalam setiap nafas yang dipinjamkan oleh Allah (la tahzan: dr Abdullah eid Al Qarni). Non Stop 24 jam sehari.Bak kata pejuang iban " agi idup, agi ngelaban"..

kemenangan banyak  pada 2008 dan kemenangan sedikit semalam kedua-duanya adalah dari allah. Mala, kepada Allahlah kita kembali bersyukur dan meletakkan segala pengharapan lewat usaha kita.Aku teringat mula-mula aku memulakan siri ceramah di KL- selangor ini pada ramadhan tahun lepas, kenderaan utamaku adalah bas yang bergoyang-goyang dari bahau, bas yang agak baik dari seremban, dan teksi di kuala lumpur.Kemudian datang kepada sebuah superbike yang memudahkan perjalananku. namun penatnya bukan kepalang. Hari ini, Allah berikan kepadaku sebuah kereta honda cantuik yang selalu bermasalah (rosak selalu) tambah memudahkan perjalanan dakwah ku.Lantas suatu hari nanti aku perlu menaik semula bas apabila keretaku rosak (memang ada kat bengkel pon sekaarang , bocor minyak power stereng) adakah aku patut mengeluh setelah banyak kebaikan pada waktu sebelumnya..sesungguhnya ini hanyalah ujian..

No comments:

Post a Comment